Shanghai Shenhua F.C.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shanghai Shenhua F.C.
上海申花
Nama penuhShanghai Shenhua Football Club
(上海申花足球俱乐部)
GelaranBunga Shanghai (申花)
Diasaskan1 November 1951; 72 tahun yang lalu (1951-11-01) (Semi-professional)
10 Disember 1993; 30 tahun yang lalu (1993-12-10) (Professional)
StadiumStadium Shanghai,
Shanghai, China
(Kapasiti: 72,000)
PemilikShanghai Jiushi Group
PengerusiGu Jiqing
PengurusWu Jingui
LigaLiga Super China
2022Liga Super, ke-10 daripada 18
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Musim semasa
Shanghai Shenhua F.C.
Cina Tradisional: 上海申花足球俱樂部
Cina Ringkas: 上海申花足球俱乐部

Shanghai Shenhua F.C. (Cina ringkas: 上海申花足球俱乐部) ialah sebuah kelab bola sepak China yang bertanding dalam Liga Super China di bawah lesen Persatuan Bola Sepak China (CFA). Istilah shen hua secara literal bermaksud "bunga Shanghai" – shen ialah nama alternatif bagi Shanghai. Pasukan ini berpangkalan di Hongkou, Shanghai, dengan stadium mereka ialah Stadium Shanghai, dengan muatan 72,000 tempat duduk. Pemilik Shanghai Shenhua F.C. ialah Shanghai Jiushi Group,[1] syarikat kebudayaan dan sukan milik negara di Shanghai.

Pendahulu kelab ialah sebuah kelab milik perbandaran semiprofesional, Shanghai F.C.. Pasukan itu secara utama bermain di tahap teratas, dan memenangi beberapa liga dan piala domestik. Pada 10 Disember 1993, kelab itu diaturkan semula sebagai kelab profesional penuh agar dapat bertanding dalam musim Liga Jia-A China 1994, menjadikan mereka antara kelab-kelab pengasas liga tahap perdana profesional penuh pertama negara. Sejak itu, mereka telah memenangi satu liga dan tiga Piala FA China.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "股改如只为找新金主 中国足球依然只能急功近利". sports.sina.com.cn (dalam bahasa Cina). 2023-01-06. Dicapai pada 2023-01-09.
  2. ^ "China List of Cup Winners". RSSSF. 2015-12-10. Dicapai pada 2015-12-14.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]