Sheikh Daud Abdullah al-Fathani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sheikh Daud Abdullah al-Fathani

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Nama penuh beliau ialah al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah bin Syeikh Wan Idris (juga dikatakan Wan Senik) al-Fatani. Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Syeikh Daud Patani. Syeikh Daud al-Fathani adalah keturunan Tok Wan Faqih Ali dari jalur ibu dan ayahnya.

Dari jalur ibunya, Syeikh Daud bin Fatimah binti Syeikh Wan Abdullah bin Wan Salamah binti Tok Banda bin Tok Kaya Ratna Diraja bin Tok Wan Faqih Ali. Manakala sebelah ayahnya, Syeikh Daud bin Syeikh Wan Abdullah bin Tok Wan Abu Bakar bin Tok Kaya Wan Pandak bin Tok Wan Faqih Ali. Keturunan dan keluarga Syeikh Daud merupakan keturunan ulama dan keluarga beliau mendominasi pengajian Islam di rantau Nusantara. Antara keluarga beliau yang juga ulama besar di Tanah Melayu dan Nusantara Syeikh Abdul Kadir Bukit Bayas (Kg Bukit Bayas, Terengganu) dan Syeikh Abdul Kadir Pasir Panjang (Kg. Hj Kadir, Terengganu).

Beliau dilahirkan di Kampung Parit Marhum, Kerisek, Patani. Tahun kelahirannya tidak dapat dipastikan kerana terdapat perselisihan pendapat di kalangan penyelidik mengenainya. Dalam catatan-catatan beberapa keluarga penulis yang ada hubungan dengan beliau, ada yang mencatat tahun 1133 H, 1153 H dan tahun 1183 H.

Sheikh Daud al-Fathani dan kawan-kawannya telah belajar di Mekah selama 30 tahun dan lima tahun di Madinah. Disebabkan masa belajar yang lama itu beliau digelar al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani.

Sheikh Daud al-Fathani wafat dan dimakamkan di Taif. Kuburnya bersampingan dengan kubur Saidina Abdullah bin Abbas iaitu sepupu Rasulullah s.a.w.. Tahun kewafatannya juga belum diketahui dengan pasti. Tetapi ada yang berpendapat beliau wafat sekitar tahun 1847 M, juga ada yang menyebut tahun 1265 H.

Karya Beliau[sunting | sunting sumber]

Dalam beberapa karyanya, beliau mengupas masalah-masalah keilmuan.

Antara Karya Beliau ialah ;

  1. Kifayatul Mubtadi fi Ushuli I'tiqadil Mursydin.
  2. Risalatu Ta'alluqi bi Kalimatil Iman.
  3. Hidayatul Muta'allim wa 'Umdatul Mu'allim.
  4. Sullamul Mubtadi fi Ma'rifatil Muhtadi.
  5. Furu'ul Masail wa Wushulul Washail .