Abdullah ibn Abbas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
عبد الله بن عباس.png
Gelaran Hibr-ul-Ummah
Nama Abdullah ibn Abbas
Bahasa Arab: عبد الله ابن عباس
Lahir 'Abdullah ibn al'-Abbas
c. 619M
Mekah, Hijaz[1]
Wafat 68H/c. 687M
Taif, Semenanjung Arab
Nama lain Al-Hibr, (Doktor); Al-Bahr, (Laut)
Etnik Orang Arab
Pekerjaan Pakar dalam Tafsir, dengan minat dalam Al-Quran dan Sunah, Hadis dan Tafsir[1] pada Zaman Kegemilangan Islam
Idea yang popular tafsiran al-Quran
Pengikut daripada Muhammad
Pasangan Zahra bint Mishrah dan seorang gundik
Anak

Anak lelaki: Al-Abbas, Ali ibn Abdullah, Muhammad, Ubaydullah, Al-Fadl dan Saad

Anak perempuan: Lubaba and Asma (ibu kepada Asma seorang gundik)
Ibu bapa

`Abdullah ibn `Abbas (Bahasa Arab: عبد الله ابن عباس‎) dilahirkan tiga tahun sebelum Hijrah. Ayahnya bernama Abbas bin Abdul Muttalib dan ibunya pula bernama Lubabah binti Harith. Ini bermakna Abdullah merupakan sepupu kepada Nabi Muhammad SAW. Berasal dari kota Mekah.

Kehidupannya[sunting | sunting sumber]

Berkat doa Rasulullah kepadanya, Abdullah menjadi seorang pemuda yang terpelajar dan bijak di kalangan para sahabat yang seusia dengannya. Petah berdebat dan berbicara.

Jasa dan perjuangannya[sunting | sunting sumber]

Antara jasanya yang dikenang ialah Abdullah mampu meredakan keadaan umat Islam selepas Perang Siffin di mana segelintir tentera Islam yang berpihak kepada Ali bin Abi Thalib merasa tidak puas hati akan keputusan tahkim yang dijalankan antara Amru Al-Ash dengan Abu Musa Al-Asya'ari.

Berkat kecerdasan otak beliau, Abdullah berjaya mengamankan keadaan umat Islam, walaupun untuk seketika.

Beberapa orang keturunan beliau berusaha untuk membina sebuah kerajaan baru setelah Kerajaan Bani Ummaiyyah dilihat agak tersasar dari matlamatnya. Kemudian lahirlah sebuah kerajaan yang mengambil sempena namanya iaitu Daulah Bani Abbasiyyah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]