Shin Hye-sung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Jung Pil-kyo (lahir 27 November 1979), yang lebih dikenali dengan nama pentas Shin Hye sung, adalah seorang penyanyi & penulis lirik Korea Selatan. Beliau amat dikenali sebagai salah seorang anggota penyanyi berkumpulan Shinhwa.

Biografi[sunting | sunting sumber]

1998: Debut dengan Shinhwa[sunting | sunting sumber]

Shin menjalani uji bakat di Amerika melalui Brothers Entertainment dan merupakan ahli pertama yang ditempatkan dalam kumpulan Shinhwa.[petikan diperlukan] Beliau secara rasmi debut sebagai sebahagian daripada kumpulan Shinhwa pada 24 Mac 1998 dengan persembahan pertama single mereka berjudul "해결사" (The Solver) di rancangan muzik KM Music Tank. Sejak itu, beliau telah mengeluarkan tiga belas album studio Korea dan satu album Jepun dengan Shinhwa.

2005: Kerjaya solo[sunting | sunting sumber]

Shin debut sebagai artis solo pada tahun 2005 dengan pelancaran album solonya berjudul Love of May (오월지련, 五月之戀). Album ini menduduki kedudukan pertama dalam carta jualan pra-pesanan HMV di Jepun pada Februari 2005 dengan 180,000 unit terjual. Shin melancarkan album keduanya berjudul The Beginning, New Days pada 8 Ogos 2007. Lagunya berjudul "First Person" mencapai nombor satu dalam carta K-pop Top 10. Albumnya terjual sebanyak 30,000 unit pada hari pertama pelancaran dan 50,000 unit dalam masa seminggu.

Beliau telah mengeluarkan lima studio album Korea dan dua album Jepun.

Pada Jun 2011, selepas melancarkan album studio Korea kelima beliau, The Road Not Taken, Shin telah telah menghabiskan satu siri persembahan di Seoul, Busan dan Shanghai. Beliau juga mengacarakan konsert istimewa selama dua hari, 2011 Tour in Seoul - The Road Not Taken Act II di Universiti Kyung Hee pada 3 dan 4 September. Kemudian pada Julai, beliau merekodkan lagu duet berjudul "I Believe" dengan Shunsuke Kiyokiba, bekas ahli kumpulan Exile.

2012–sekarang: kembalinya Shinhwa[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 2012, Shin kembali dengan anggota-anggota Shinhwa yang lain selepas empat tahun berehat, di bawah pengurusan Shinhwa Company. Ia merupakan satu usaha bersama untuk ahli-ahli Shinhwa bekerja sebagai satu kumpulan, dimana Eric dan Lee Min-woo adalah CEO bersama dan anggota-anggota lain menjadi pemegang saham. Syarikat ini menguruskan mereka sebagai satu kumpulan manakala aktiviti solo diuruskan oleh agensi masing-masing. Kumpulan ini melnacarkan album studio kesepuluh mereka berjudul The Return pada 23 Mac 2012, melancarkan konsert 2012 Shinhwa Grand Tour: The Return di seluruh Asia dan rancangan hiburan eksklusif pertama mereka berjudul Shinhwa Broadcast yang mula ditayangkan pada 17 Mac 2012 di stesen kabel JTBC.[1][2][3]

Pada 25 Mac, semasa persembahan semula di konsert 2012 Shinhwa Grand Tour in Seoul: The Return, Shin mengalami kecederaan di lutut. Semasa memulakan persembahan untuk lagu "Yo!", beliau telah lompat dari bawah pentas dan perlu mendarat di atas pentas, namun pendaratan tersebut tidak menjadi dan beliau jatuh. Kejadian tersebut menyebabkan ligamennya koyak dan kartilaj serta ligamen yang mengelilingi meniskus rosak teruk, memerlukan pembedahan dan enam bulan rehat. Sebelum itu, Shin pernah cedera di tempat sama semasa konsert pada tahun 2001 dan telah membuat pembedahan pembetulan pada lutut kirinya namun ligamen pada lutut kanan terus mengalami kerosakan, yang menyebabkan beliau dikecualikan dari menjalani khidmat tentera. Walau bagaimanapun, beliau telah menangguhkan pembedahan tetapi menggunakan kaedah rawatan sehingga berakhirnya aktiviti promosi album studio kesepuluh mereka, The Return. Beliau tetap mengikuti persembahan dengan duduk di kerusi untuk rancangan muzik pertama mereka pada 29 Mac di M! Countdown, dimana mereka menyanyikan lagu "Venus" dan "Hurt".[4]

Pada September Shin bersama-sama dengan anggota Shinhwa, Lee Min-woo mengadakan persembahan di West Bank Music Festival di Shanghai dari 30 September hingga 2 Oktober, sebagai wakil K-pop bersama artis-artis antarabangsa lain seperti Michael Bolton di hadapan 10,000 orang penonton.[5][6]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • 2005: 五.月.之.戀 (Love of May)
  • 2007: The Beginning, New Days
  • 2008: Live and Let Live
  • 2009: Keep Leaves
  • 2010: Find Voice in Song
  • 2011: The Road Not Taken
  • 2011: Embrace
  • 2012: Winter Poetry
  • 2016: Delight
  • 2017: Serenity

Gubahan Lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Shinhwa Vol. 2 "Forever With You (너의 곁에서)"
  2. Shinhwa Vol. 3 "Never Come To Me" (penulis bersama)
  3. Shinhwa Vol. 3 "Vortex" (penulis bersama)
  4. Shinhwa Vol. 3 "Wedding March"
  5. Shinhwa Vol. 4 "Hey, Come On"
  6. Shinhwa Vol. 4 "Falling in Love"
  7. Shinhwa Vol. 4 "Sure I Know"
  8. Shinhwa Vol. 4 "바램 ( I Swear)"
  9. Shinhwa Vol. 6 " You (노을)"
  10. Shinhwa Vol. 7 "Oh" (penulis lirik bersama Minwoo)
  11. Shinhwa Vol. 9 "Destiny of Love (흔적)"
  12. Shinhwa Vol. 10 "Let It Go" (penulis lirik bersama Eddie Shin)
  13. Shin Hye Sung Vol. 1 "Don't Leave" (penulis lirik bersama JPS)
  14. Shin Hye Sung Vol. 1 "Same Thought" (penulis lirik bersama Park Chang Hyun)
  15. Shin Hye Sung Vol. 1 "Punishment (벌)" (penulis lirik bersama Kim Do Hyun)
  16. Shin Hye Sung Vol. 1 "A Song For You"
  17. Shin Hye Sung Vol. 1 "After... "
  18. Shin Hye Sung & Lyn [He Said... She Said...] "Echo"
  19. Group S Fr. in Cl "I Swear" (menulis lirik Bahasa Inggeris)
  20. Group S Fr. in Cl "I Believe"
  21. S.E.S Vol. 1 "Good-Bye" (Rap oleh Eric)
  22. S.E.S Vol. 2 "Kiss" (Rap oleh Eric)

Penglibatan lain: Shinhwa Vol. 8 "Midnight Girl" (Susunan melodi baru untuk versi balada)

Rancangan Hiburan[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Rangkaian Peranan Nota
2004-2005 Love Letter SBS Peserta bersama Shinhwa (Musim 1, Episod 1-14)
Let's Coke Play Battle Shinhwa! M-NET and Coca-Cola Pengacara bersama Shinhwa
2012-2014 Shinhwa Broadcast JTBC Ahli utama dengan Shinhwa (Episod 1-70)

Rancangan Muzik (penampilan)[sunting | sunting sumber]

  • 2012 KBS Immortal Songs
  • 2013 MBC Remocon

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah
2005
2007
  • Anugerah Golden Disk "Bonsang"
  • Anugerah Muzik Melon "Anugerah Artis Terbaik"
  • Anugerah Muzik Melon "Anugerah Video Muzik Terbaik"
2008
  • Anugerah Sohu Entertainment Sohu Han Yu 2007: Album Terbaik Tahunan
  • Anugerah Sohu Entertainment Sohu Han Yu 2007: MV Terbaik
  • 2007 Model Ceremony Award: Anugerah Populariti
2014
  • Anugerah Top Hits Cina: "Penyanyi Asia Popular"[8]

Rancangan Muzik (persembahan)[sunting | sunting sumber]

Mnet M! Countdown[sunting | sunting sumber]

Tahun Tarikh Lagu
2005 26 Mei "같은 생각 (Same Thoughts)"
2 Jun

MBC Music Core[sunting | sunting sumber]

Tahun Tarikh Lagu
2005 28 Mei "같은 생각 (Same Thoughts)"
4 Jun

SBS Inkigayo[sunting | sunting sumber]

Tahun Tarikh Lagu
2005 5 Jun "같은 생각 (Same Thoughts)"
12 Jun
2007 30 September "첫사람 (First person)"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Suk, Monica (March 26, 2012). "CONCERT REVIEW: Shinhwa: Reborn with The Return". 10 Asia. Dicapai pada December 13, 2012. Lebih daripada satu daripada |work= dan |newspaper= yang ditentukan (bantuan)Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)
  2. ^ "Shinhwa to release upcoming 10th album on March 23". 10 Asia. March 16, 2012. Dicapai pada 2012-03-26.
  3. ^ Park, HyunMin (March 4, 2012). "Shinhwa to have Shinhwa Broadcast". Mnet News. CJ E&M. Dicapai pada November 12, 2012. Lebih daripada satu daripada |work= dan |newspaper= yang ditentukan (bantuan)Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)
  4. ^ Park, HyunMin "Shin Hye Sung to Perform for Shinhwa’s Comeback in a Chair" CJ E&M enewsWorld. March 28, 2012. Dicapai 2012-03-29
  5. ^ Park, HyunMin (September 27, 2012). "Shinhwa′s Shin Hye Sung and Lee Min Woo to Sing in Chinese Rock Festival Alongside Michael Bolton". enewsWorld. CJ E&M. Dicapai pada September 29, 2012. Lebih daripada satu daripada |work= dan |newspaper= yang ditentukan (bantuan)Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)
  6. ^ Sunwoo, Carla (September 28, 2012). "Shinhwa boys get Shanghai invite". Joongang Daily. Diarkib daripada yang asal pada January 26, 2013. Dicapai pada September 29, 2012. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan); Lebih daripada satu daripada |work= dan |newspaper= yang ditentukan (bantuan)Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)
  7. ^ "2005 M.net Korean Music Festival Winners list". MAMA. Retrieved 2014-06-12.
  8. ^ https://ph.celebrity.yahoo.com/news/shin-hye-sung-wins-award-from-china-top-053108145.html,retrieved may 19 2014

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

(Korea)