Sidang Kemuncak G20 New Delhi 2023

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sidang Kemuncak G20 New Delhi[a] merupakan mesyuarat kelapan belas bagi Kumpulan 20 (G20). Sidang kemuncak ini diadakan di Pusat Pameran-Konvensyen Antarabangsa Bharat Mandapam, New Delhi pada 8 hingga 10 September 2023.[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada asalnya, India dijadualkan untuk menjadi tuan rumah sidang kemuncak G20 pada 2021 dan Itali pada 2022. Semasa sesi Sidang Kemuncak Buenos Aires di Argentina, Perdana Menteri India Narendra Modi mengatakan bahawa beliau meminta agar Itali menghoskan edisi 2021 dan membenarkan India untuk mengadakannya pada 2022 sempena ulang tahun kemerdekaan ke-75 India. Pihak Itali bersetuju kerana momentum dalam hubungan dua hala mereka.[3]

Walau bagaimanapun, India bertukar kepimpinan G20 dengan Indonesia untuk tahun 2022 atas permintaan yang dibuat oleh Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi kerana Indonesia juga akan mempengerusikan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) pada 2023.[4]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Juga dikenali sebagai Sidang Puncak G20 New Delhi dalam bahasa Melayu di Singapura.[1][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "PM Lee hadiri sidang puncak G20 di India". Berita Harian. 8 September 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2023. Dicapai pada 13 September 2023.
  2. ^ "SIDANG PUNCAK G20". Berita Mediacorp. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2023. Dicapai pada 13 September 2023.
  3. ^ Chaudhury, Dipanjan Roy (3 Disember 2018). "Warmth in ties prompts Italy to let India host G20 Summit in 2022". The Economic Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Ogos 2023. Dicapai pada 25 Ogos 2023.
  4. ^ "Indonesia, India swap G-20 upcoming presidency term". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 23 November 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Ogos 2023. Dicapai pada 25 Ogos 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]