Persatuan Negara-negara Asia Tenggara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"ASEAN" dilencongkan di sini.
Flag of Persatuan Negara-negara Asia Tenggara Burma: အရှေ့တောင်အာရှနိုင်ငံများအသင်း Filipina: Samahan ng mga Bansa sa Timog-Silangang Asya Indonesia: Perhimpunan Bangsa-Bangsa Asia Tenggara Khmer: សមាគមប្រជាជាតិអាស៊ីអាគ្នេយ៍ Lao: ສະມາຄົມປະຊາຊາດແຫ່ງອາຊີຕະເວັນອອກສຽງໃຕ້ Inggeris: Association of Southeast Asian Nations Mandarin: 东南亚国家联盟 Tamil: தென்கிழக்காசிய நாடுகளின் கூட்டமைப்பு Thai: สมาคมประชาชาติแห่งเอเชียตะวันออกเฉียงใต้ Vietnam: Hiệp hội các quốc gia Đông Nam Á
Lambang of Persatuan Negara-negara Asia Tenggara Burma: အရှေ့တောင်အာရှနိုင်ငံများအသင်း Filipina: Samahan ng mga Bansa sa Timog-Silangang Asya Indonesia: Perhimpunan Bangsa-Bangsa Asia Tenggara Khmer: សមាគមប្រជាជាតិអាស៊ីអាគ្នេយ៍ Lao: ສະມາຄົມປະຊາຊາດແຫ່ງອາຊີຕະເວັນອອກສຽງໃຕ້ Inggeris: Association of Southeast Asian Nations Mandarin: 东南亚国家联盟 Tamil: தென்கிழக்காசிய நாடுகளின் கூட்டமைப்பு Thai: สมาคมประชาชาติแห่งเอเชียตะวันออกเฉียงใต้ Vietnam: Hiệp hội các quốc gia Đông Nam Á
Bendera Lambang
Cogan kata: "One Vision, One Identity, One Community"[1]
Lagu kebangsaan: "The ASEAN Way"
Association of Southeast Asian Nations (orthographic projection).svg
Urus setiaJakartaa
6°12′S 106°49′E / 6.200°S 106.817°E / -6.200; 106.817
Bahasa kerjaEnglish[2]
Bahasa rasmi
daripada negeri-negeri yang berkontrak
Keanggotaan
Leaders
• Pengerusi
Filipina Rodrigo Duterte
Vietnam Le Luong Minh[3]
Pengasasan
8 Ogos 1967
• Piagam
16 Disember 2008
Keluasan
• Jumlah
4,435,618[4] km2 (1,712,602 bt2)
Populasi
• Anggaran 2013
625 juta[4]
• Kepadatan
141/km2 (365.2/sq mi)
KDNK (PPP)Anggaran 2014 
• Total
US$7.6 trilion[5]
• Per kapita
US$12,160[5]
KDNK (nominal)Anggaran 2015 
• Jumlah
US$2.8 trilion[5]
• Per kapita
US$4,160[5]
HDI (2015) 0.684b
sederhana
Zon masaUTC+6:30 kepada +9 (ASEAN)
Laman sesawang
www.asean.org
Sekretariat ASEAN di Jalan Sisingamangaraja No.70A, Jakarta Selatan, Indonesia.
Bendera 10 negara ASEAN.

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN; /ˈɑːsiɑːn/ AH-see-ahn,[6] /ˈɑːziɑːn/ AH-zee-ahn)[7][8] ialah sebuah pertubuhan antara kerajaan serantau yang terdiri daripada sepuluh negara di Asia Tenggara, yang menggalakkan kerjasama antara kerajaan dan memudahkan integrasi ekonomi, politik, keamanan, ketenteraan, pendidikan, dan sosial budaya di antara anggotanya dan negara-negara lain di Asia. Ia juga sering melibatkan negara lain di rantau Asia-Pasifik dan seterusnya. Rakan kongsi utama Pertubuhan Kerjasama Shanghai, ASEAN mengekalkan rangkaian perikatan global dan dialog rakan kongsi dan dianggap oleh ramai sebagai kuasa besar global,[9][10] kesatuan pusat untuk kerjasama di Asia Pasifik, dan sebuah pertubuhan yang terkenal dan berpengaruh. Ia terlibat dalam banyak urusan antarabangsa, dan mengadakan misi diplomatik di seluruh dunia.[11][12][13][14]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah ASEAN

ASEAN ditubuhkan oleh lima negara pengasas; Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand di Bangkok semasa proses penandatanganan satu perjanjian yang dikenali sebagai Deklarasi Bangkok. Menteri luar ketika itu ialah Adam Malik (Indonesia), Narciso R. Ramos (Filipina), Tun Abdul Razak (Malaysia), S. Rajaratnam (Singapura), dan Thanat Khoman (Thailand).

Brunei menganggotai ASEAN pada 8 Januari 1984 iaitu seminggu selepas mencapai kemerdekaan. Hanya selepas 11 tahun kemudiannya ASEAN menerima ahli baru. Vietnam menjadi anggota yang ketujuh pada 28 Julai 1995, Laos dan Myanmar menjadi ahli dua tahun kemudianya, iaitu pada 23 Julai 1997. Walaupun Kemboja sudah menyertai ASEAN bersama-sama Myanmar dan Laos, Kemboja terpaksa menarik diri disebabkan masalah politik dalam negara tersebut. Namun, dua tahun kemudiannya Kemboja menyertai semula ASEAN pada 30 April 1999.

Timor Leste[sunting | sunting sumber]

Negara baru Timor Leste, dahulunya dalam Indonesia, terpaksa berhempas pulas untuk mendapat status pemerhati dalam ASEAN. Namun, banyak negara dalam ASEAN tidak menyokong penglibatan Timor Leste pada akhir 1990-an atas rasa hormat kepada Indonesia. Myanmar, terutamanya, menentang pemberian status pemerhati kepada Timor Leste kerana sokongan Timor Leste terhadap perjuangan Aung San Suu Kyi.

Sejak kemerdekaan Timor Leste pada Mei 2002, ASEAN telah banyak membantu negara baru ini. Timor Leste telah dijemput untuk hadir dalam beberapa mesyuarat ASEAN. Walau bagaimanapun, Timor Leste masih dilantik sebagai negara pemerhati.

ASEAN dianggarkan merangkumi 500 juta orang dan merangkumi kawasan seluas 4.5 juta kilometer per segi.

Budaya[sunting | sunting sumber]

Pertubuhan ini menganjurkan aktiviti kebudayaan dalam usaha untuk mengintegrasikan lagi wilayah tersebut. Ini termasuk sukan dan aktiviti pendidikan serta anugerah menulis. Contoh-contoh ini termasuk Pusat ASEAN untuk Biodiversiti, Taman Warisan ASEAN dan Anugerah Saintis dan Teknologis Luar Biasa ASEAN. Di samping itu, rantau ASEAN telah diiktiraf sebagai salah satu rantau yang paling pelbagai di dunia secara etnik, agama dan bahasa.[15][16]

Prinsip utama[sunting | sunting sumber]

Prinsip-prinsip utama ASEAN digariskan seperti berikut:

  • Hormat terhadap kemerdekaan, ketuanan, kesamaan, integriti jajahan dan identiti nasional semua negara
  • Hak untuk setiap negara untuk memimpin kehadiran nasional bebas daripada campur tangan luar, subversif atau koersion (coercion)
  • Penyelesaian perbezaan atau perdebatan dengan aman
  • Menolak penggunaan ketenteraan
  • Kerjasama berkesan antara anggota.

Negara anggota[sunting | sunting sumber]

Kini ASEAN dianggotai oleh hampir semua negara di Asia Tenggara kecuali Papua New Guinea. Negara-negara anggota adalah seperti berikut:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "ASEAN Motto". ASEAN.org. ASEAN. Dicapai 9 May 2015. 
  2. ^ ASEAN Charter (PDF). Association of Southeast Asian Nations. m/s. 29. Article 34. The working language of ASEAN shall be English. 
  3. ^ "Secretary-General of ASEAN Le Luong Minh". ASEAN.org. ASEAN. Dicapai 9 May 2015. 
  4. ^ a b "Selected Basic ASEAN Indicators" (PDF). ASEAN.org. ASEANstats. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 4 September 2015. Dicapai 9 May 2015. 
  5. ^ a b c d ASEAN Community in Figures (ACIF) 2013 (PDF) (edisi 6th). Jakarta: ASEAN. Feb 2014. m/s. 1. ISBN 978-602-7643-73-4. Dicapai 9 May 2015. 
  6. ^ "How do you say ASEAN?". Voice of America Pronunciation Guide. VOA. Dicapai 10 February 2015. 
  7. ^ "NLS/BPH: Other Writings, The ABC Book, A Pronunciation Guide". 8 May 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 January 2009. Dicapai 12 January 2009. 
  8. ^ Asean.org Diarkibkan 2 March 2012 di Wayback Machine., ASEAN-10: Meeting the Challenges, by Termsak Chalermpalanupap, Asean.org, ASEAN Secretariat official website. Retrieved 27 June 2008."Archived copy". Archived from the original on 2 March 2012. Dicapai 2016-02-06. 
  9. ^ "This is why ASEAN needs a common visa". World Economic Forum. 
  10. ^ "ASEAN bloc must be tapped". www.theaustralian.com.au. 
  11. ^ "Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) | Treaties & Regimes | NTI". www.nti.org. 
  12. ^ "ASEAN-UN Partnership". Asia-Pacific Regional Coordination Mechanism. 20 December 2016. 
  13. ^ "An Overview of ASEAN-United Nations Cooperation - ASEAN - ONE VISION ONE IDENTITY ONE COMMUNITY". 
  14. ^ "Intergovernmental Organizations". www.un.org. 
  15. ^ Lehmann, Jean-Pierre. "What's Next For ASEAN". Forbes. 
  16. ^ Zein, Subhan; Stroupe, Richmond (2 September 2017). "English and language-in-education policy in the ASEAN Plus Three Forum". Asian Englishes. 19 (3): 193–196. doi:10.1080/13488678.2017.1389061. 
  17. ^ (Inggeris) Is Timor-Leste Eventually Ready to Join ASEAN?
    * The country was recognized as an ASEAN observer in 2002 and joined the ASEAN Regional Forum in 2005.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]