Sienna Miller

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sienna Miller
Sienna Miller Cannes 2015 2.jpg
Miller pada tahun 2015
Kelahiran Sienna Rose Diana Miller
(1981-12-28) 28 Disember 1981 (umur 36)
Bandar Raya New York, New York, A.S.
Warganegara Amerika Syarikat / British
Pekerjaan Pelakon, pereka fesyen, model
Tahun aktif 2001–sekarang
Pasangan Jude Law (2003–2006; 2009–2011)
Tom Sturridge (2011–2015)
Anak 1

Sienna Rose Diana Miller[1] (lahir 28 Disember 1981)[2] ialah seorang pelakon, model dan pereka fesyen Amerika Syarikat/British.

Pada tahun 2008, beliau dicalonkan untuk Anugerah Bintang Meningkat Naik BAFTA manakala untuk lakonannya sebagai Tippi Hedren dalam filem TV 2012, The Girl, beliau dicalonkan Anugerah TV BAFTA dan Anugerah Golden Globe bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik. Antara filem-filem yang dibintanginya termasuk Layer Cake (2004), Alfie (2004), Factory Girl (2006), The Edge of Love (2008) dan G.I. Joe: The Rise of Cobra (2009). Pada tahun 2014, beliau membintangi dalam dua filem biografi, Foxcatcher sebagai Nancy Schultz dan American Sniper sebagai Taya Kyle.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Bandar Raya New York, Amerika Syarikat,[2] Miller berpindah ke London bersama keluarganya ketika beliau berumur setahun. Ibunya, Josephine ialah seorang bekas model Inggeris kelahiran Afrika Selatan.[3][4] Bapanya, Edwin Miller ialah seorang pegawai bank Amerika Syarikat kemudiannya menjadi peniaga seni cina.[5] Miller menghadiri Sekolah Heathfield, Ascot dan kemudiannya belajar selama setahun di Institut Filem dan Teater Lee Strasberg di Bandar Raya New York.[6]

Karier filem[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2001, beliau membuat penampilan filem pertamanya dalam South Kensington bersama-sama Rupert Everett dan Elle Macpherson. Beliau kemudiannya mempunyai peranan tetap dalam drama bersiri, Keen Eddie. Pada tahun 2004, Miller mempunyai peranan sokongan dalam Alfie bersama-sama Jude Law dan dalam Layer Cake. Pada tahun 2005, Miller melakonkan watak wanita utama bertentangan Heath Ledger dalam Casanova disusuli dengan peranan dalam Factory Girl. Pada tahun 2007, Miller mempunyai peranan kecil dalam Stardust dan melakonkan watak Katya dalam Interview. Kemudiannya pada tahun 2007, beliau mempunyai peranan dalam Camille.

Pada tahun 2008, Miller muncul dalam The Mysteries of Pittsburgh dan menjalani pengambaran untuk filem The Edge of Love bersama-sama Keira Knightley. Beliau muncul dalam filem aksi 2009, G.I. Joe: The Rise of Cobra melakonkan watak The Baroness. Beliau juga muncul dalam Hippie Hippie Shake dan After Miss Julie di Broadway.[7] Beliau membintangi sebagai Patricia dalam produksi London, Flare Path di Teater Royal Haymarket pada tahun 2011.[8] Kemudiannya pada tahun 2012, beliau membintangi The Girl.

Pada tahun 2014, Miller muncul dalam Foxcatcher dan American Sniper, melakonkan watak Taya Renae Kyle.

Filem-filem 2015 termasuk High-Rise dan Burnt. Pada pertengahan tahun 2015, Miller akan mula menjalani pengambaran Live by Night.[9] Pada 7 Januari 2015, ia telah diumumkan bahawa Miller akan menyambung watak Sally Bowles dalam Broadway, Cabaret. Beliau telah dipilih untuk menjadi juri pertandingan utama di Festival Filem Cannes 2015.[10][11]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Miller dan Jude Law bertunang pada Hari Krismas 2004.[12] Mereka berpisah pada bulan November 2006.[13] Pada bulan Disember 2009, ia telah dilaporka bahawa Law dan Miller menyambung semula hubungan mereka.[14] Mereka berpisah sekali lagi pada bulan Februari 2011.[15] Miller kemudiannya mula mempunyai hubungan dengan Tom Sturridge dimana mereka mempunyai anak bersama, Marlowe Ottoline Layng Sturridge (l. Julai 7, 2012).[16][17]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Miller pada tahun 2008

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2001 South Kensington Sharon Dikredit sebagai Sienna Rose
2002 High Speed Savannah
2002 Ride, TheThe Ride Sara
2004 Layer Cake Tammy
2004 Alfie Nikki
2005 Casanova Francesca Bruni
2006 Factory Girl Edie Sedgwick
2007 Interview Katya
2007 Camille Camille Foster
2007 Stardust Victoria
2008 Mysteries of Pittsburgh, TheThe Mysteries of Pittsburgh Jane Bellwether
2008 A Fox's Tale Darcey Suara
2008 Edge of Love, TheThe Edge of Love Caitlin Macnamara
2009 The September Issue Diri sendiri Dokumentari
2009 G.I. Joe: The Rise of Cobra Ana Lewis / Anastascia DeCobray / The Baroness
2012 Nous York Movie star
2012 Two Jacks Diana
2012 Just Like a Woman Marilyn
2012 Yellow Xanne
2013 A Case of You Sarah
2014 Foxcatcher Nancy Schultz
2014 American Sniper Taya Kyle
2015 Unfinished Business Chuck Portnoy
2015 Mississippi Grind Simone
2015 High-Rise Charlotte Melville
2015 Black Mass Catherine Greig Dipotong semasa suntingan[18]
2015 Burnt Helene
2016 The Lost City of Z Nina Fawcett
2017 Live by Night Emma Gould

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2002 American Embassy, TheThe American Embassy Babe Episod: "Long Live the King"
2002 Bedtime Stacey 4 episod
2003–04 Keen Eddie Fiona Bickerton 13 episod
2012 The Girl Tippi Hedren Filem televisyen

Kredit teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2005 As You Like It Celia Teater Wyndhams, West End
2009 After Miss Julie Miss Julie Teater American Airlines, Broadway
2011 Flare Path Patricia Teater Royal Haymarket, West End
2015 Cabaret Sally Bowles Studio 54, Broadway

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Leveson Inquiry, Transcript of Morning Hearing 24th November 2011" (PDF). m/s. 5. Dicapai 10 July 2012. 
  2. ^ a b Wright, Joanna. "Ten Things About... Sienna Miller". Digital Spy. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 December 2012. Dicapai 20 November 2012.  FilmReference.com notes "born December 28, 1981 (some sources say 1982)" at Sienna Miller Biography (1981?-).
  3. ^ Film. "Sienna Miller: a sense of theatre". The Daily Telegraph. Dicapai 10 July 2012. 
  4. ^ Film. "Jeremy Clarkson interviews Sienna Miller our Reasonably Priced Star". topgear.com. Dicapai 8 October 2014. 
  5. ^ "Sienna Miller Denies Having Temper Tantrum – Page 1210295 – Sienna Miller". People. Dicapai 10 July 2012. 
  6. ^ "Sienna Miller Biography". The Biography Channell. Dicapai 6 September 2009. 
  7. ^ McGrath, Charles (19 October 2009). "What She Really Wants to Do Is Act". New York Times. Dicapai 19 October 2009. 
  8. ^ Staff, Broadway.com (9 March 2011). "Sienna Miller travels down Flare Path". Broadway.com. Dicapai 29 March 2011. 
  9. ^ http://deadline.com/2014/09/live-by-night-cast-sienna-miller-zoe-saldana-elle-fanning-ben-affleck-movie-829055/
  10. ^ "The Jury of the 68th Cannes Film Festival". Cannes Film Festival. Dicapai 21 April 2015. 
  11. ^ "Jake Gyllenhaal, Sienna Miller and Guillermo del Toro Join Cannes Film Festival Jury". The Wrap. Dicapai 21 April 2015. 
  12. ^ Stephen M. Silverman (5 January 2005). "Jude Law to Marry Girlfriend Sienna Miller". People. Dicapai 18 July 2008. 
  13. ^ Pete Norman (12 November 2006). "Jude Law and Sienna Miller Call It Quits". People. Dicapai 18 July 2008. 
  14. ^ "Jude Law & Sienna Miller Take Romantic Ride in NYC". E!. 18 December 2009. Dicapai 10 May 2010. 
  15. ^ "Jude Law, Sienna Miller Break Up", People.
  16. ^ "Sienna Miller Gives Birth". US Weekly. Dicapai 8 July 2012. 
  17. ^ "Sienna Miller names daughter Marlowe Ottoline Layng". The Arizona Republic. Bang Showbiz. 12 July 2012. Dicapai 13 September 2012. 
  18. ^ Goldstein, Meredith (September 2, 2015). "Director confirms Sienna Miller cut from 'Black Mass'". The Boston Globe. Diarkibkan daripada yang asal pada September 4, 2015. Dicapai September 4, 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]