Pertubuhan Seni Gayung Silat Harimau Malaysia (pertubuhan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Silat Gayung Harimau)

Pertubuhan Seni Gayung Silat Harimau Malaysia ialah sebuah Perguruan Silat yang bergerak di Kedah Malaysia. Perguruan ini diasaskan oleh Cikgu Hj Mahmud Bin Hj Ali yang telah mempelajarinya dari Patih Kadir Bin Shamsuddin yang telah dipelajarinya semasa menjadi guru sekolah di Baling Kedah pada tahun 1948. Patih Kadir Shamsuddin berasal dari Kampung Nata Sumatera. Kemudiannya Cikgu Hj Mahmud berguru pula Silat Nata dan ilmu Tasawuf dari Hj Hanapiah Bin Lebai Mat di Kg Kodiang Lama, Kedah. Tuan guru Hj Hanafiah berguru Silat Nata dari Arifin Bin Sihat yang juga berasal dari Kampung Nata Sumatera. Di antara murid Cikgu Hj Mahmud ialah Abd Razak Bin Man di Kampung Kodiang Lama yang merupakan Guru Utama Pertubuhan Seni Gayung Silat Harimau Malaysia.

Di antara sukatan pelajaran silat ini termasuk tapak tiga luar/dalam, tapak penunda, tapak luncur luar/dalam, selendang luar/dalam, siku balik luar/dalam, ranjau luar/dalam. Senjata tradisional yang diajar termasuk keris, tongkat pendek, tongkat panjang, tekpi, kerambit dan parang.

Dalam pertubuhan ini juga terdapat tari sendeng tapak sembilan untuk perlangkahan membawa senjata. Diantara tari rasmi pertubuhan adalah Tari Silat MinangKabau bernama Gayung Makrifah atau nama lainnya Gayung Empat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Majalah Pendekar, Februari 1994, m/s 23-26.