Silat Lian Kwantung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Silat Lian Kwantung ialah sebuah Perguruan Silat yang bergerak di Pahang. Silat ini adalah gabungan silat aliran Lian Yunan dan seni bela diri Kwantung. Ia telah dikembangkan oleh Allahyarham Chik Wan (Che Awang Chik). Di antara murid beliau ialah Muhammad bin Deraman, Hassan bin Deraman dan Pak Bakar. Silat ini mempunyai 8 jurus asas untuk menjadi buah dalam pergerakan serangan dan bela diri (jika ditambah dengan permainan tekpi dan cindai, jurus semuanya ada 12 jurus). Dikatakan[nyatakan menurut siapa?] Lian Kwantung Che Awang Chik ialah improvisasi Lian Pak Ngah Bentan. Ia diikuti dengan buah-buah pukulan dengan proses potong satu, potong dua, potong tiga dan lapis. Selepas itu, diajar pula ilmu pertarungan dengan cara berliko dan permainan guru. Senjata tradisional yang diajar termasuk tekpi dan tongkat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Majalah Pendekar, Ogos 1993, m/s 32-33

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.