Sim temu janji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sebahagian daripada siri
Sim temu janji dan
novel-novel visual
Pengedaran
AnimePlay
Dojin soft
Genre
Sim temu janji
Eroge
Novel visual
Sasaran jantina
Bishōjo (permainan video)
Otome (permainan video)
Paparan skrin permainan Tokimeki Memorial menunjukkan sistem statistik kompleks yang menjadi piawaian genre ini.

Sim temu janji (atau simulasi temu janji) ialah subgenre permainan video bagi permainan simulasi yang biasanya terkenal di Jepun dengan unsur-unsur romantik. Objektif utama bagi sim temu janji ialah membuat temu janji, biasanya dengan salah satu atau beberapa watak, serta mencapai tahap perhubungan romantik. Istilah sim temu janji juga digunakan sebagai istilah sinonim bagi genre novel visual. Walau bagaimanapun, sim temu janji tidak seharusnya dikelirukan dengan novel visual kerana novel visual dianggap sebagai subgenre kepada permainan kembara serta tidak melibatkan simulasi. Meskipun kedua-dua genre tersebut berkongsi persembahan visual yang lazim, sim temu janji lebih berasaskan statistik manakala novel visual pula menggunakan gaya "pilih pengembaraan anda".

Definisi teknikal bagi permainan simulasi temu janji, dikenali sebagai permainan simulasi romantik (恋愛シミュレーションゲーム ren'ai shimyureeshon geemu?) di Jepun, boleh melibatkan beberapa unsur teknikal seperti batas masa, beberapa statistik seperti paras rupa serta daya tarikan yang boleh ditingkatkan melalui latihan, ataupun "tolok daya tarikan" yang boleh meningkat atau merosot bergantung kepada keputusan pemain.

Perwatakan[sunting | sunting sumber]

Dalam sim temu janji lazim, pemain mengawal watak lelaki yang dikelilingi watak perempuan. Gaya permainan melibatkan perbualan dengan gadis-gadis terpilih serta cubaan untuk meningkatkan "tolok percintaan" melalui pemilihan dialog yang sesuai. Permainan berlangsung dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti sebulan atau tiga bulan. Setelah permainan tamat, pemain boleh kalah jika gagal memikat salah satu daripada watak gadis, mahupun berjaya memikat salah satu daripada gadis yang dipilih, ada kalanya dengan melakukan hubungan seks dengannya, mengahwininya (seperti dalam permainan Magical Date), dan/atau mencapai tahap cinta abadi. Pilihan ini memberikan permainan tersebut lebih nilai untuk dimainkan semula memandangkan pemain boleh menumpui gadis yang berlainan pada satu-satu masa untuk cuba memperoleh penamat yang berlainan.

Terdapat juga beberapa variasi bagi tema ini: percintaan sekolah menengah ialah yang paling lazim. Akan tetapi, sim temu janji juga boleh mengambil tempat di alam khayalan serta boleh melibatkan beberapa cabaran seperti melindungi gadis daripada raksasa. Sim temu janji, sebagai mana namanya, secara umumnya menyasarkan persekitaran romantik.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]