Sindrom kejutan toksin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sindrom kejutan toksin
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Nama lain
Demam marak stafilokokus;[1] sindrom kejutan toksin bakteria[2]
Protein toksin-1 sindrom kejutan toksin dari stafilokokus
PengkhususanPenyakit berjangkit
GejalaDemam, kemerahan, kulit mengelupas, tekanan darah rendah[3]
Permulaan biasa
Pantas[3]
JenisStafilokokus (haid dan bukan haid), streptokokus[3]
PuncaStreptococcus pyogenes, Staphylococcus aureus, others[3][4]
Jenis tampon yang amat mudah menyerap, lesi kulit pada kanak-kanak[3]
Berdasarkan simptom[3]
Kejutan septik, Penyakit Kawasaki , Sindrom Stevens–Johnson, demam marak[5]
RawatanAntibiotik, insisi dan penyaluran sebarang bisul, terapi imunoglobulin intravena[3]
PrognosisRisiko kematian: ~50% (streptokokus), ~5% (stafilokokus)[3]
Kekerapan3 per 100,000 kes setiap tahun (negara maju)[3]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sindrom kejutan toksin (SKT) merupakan keadaan yang disebabkan oleh toksin bakteria.[3] Gejala terlibat mungkin termasuk demam, ruam, kulit mengelupas, dan tekanan darah rendah.[3] Terdapat kemungkinan untuk berlaku simptom yang berkaitan dengan jangkitan tersembunyi tertentu seperti mastitis, osteomielitis, fasiitis menekrosis atau radang paru-paru.[3]

SKT biasanya berpunca dari bakteria jenis Streptococcus pyogenes atau Staphylococcus aureus, walaupun spesies yang lain mungkin turut terlibat.[3][4] Sindrom kejutan toksin streptokokus kadangkala dirujuk sebagai sindrom seakan kejutan toksin (SSKT).[3] Mekanisme asas melibatkan penghasilan superantigen semasa jangkitan streptokokus invasif atau jangkitan stafilokokus setempat.[3] Faktor risiko untuk jenis stafilokokus termasuk penggunaan tampon yang sangat menyerap, dan lesi kulit pada kanak-kanak kecil.[3] Diagnosis biasanya berdasarkan gejala.[3]

Antara rawatan dicadangkan termasuklah kemasukan ubat melalui vena, antibiotik, insisi dan penyaliran sebarang bisul, dan mungkin terapi imunoglobulin secara intravena.[3][6] Keperluan untuk membuang tisu yang dijangkiti dengan cepat melalui pembedahan pada mereka yang dapat dikenalpasti punca streptokokus, walaupun lazimnya disyorkan, kurang disokong oleh bukti kajian.[3] Sesetengah pihak mengesyorkan menangguhkan penyahdebrian pembedahan.[3] Risiko keseluruhan kematian adalah kira-kira 50% dalam penyakit streptokokus, dan 5% dalam penyakit stafilokokus.[3] Kematian mungkin berlaku dalam masa 2 hari.[3]

Di Amerika Syarikat SKT streptokokus berlaku dalam kira-kira 3 setiap 100,000 orang setahun, manakala SKT stafilokokus berlaku dalam kira-kira 0.5 setiap 100,000 orang setahun.[3] Penyakit ini lebih biasa berlaku di negara membangun.[3] Panyakit ini pertama kali diterangkan pada tahun 1927.[3] Disebabkan kaitan dengan jenis tampon yang amat mudah menyerap, produk sedemikian telah dikeluarkan daripada jualan.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Toxic shock syndrome | DermNet". dermnetnz.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 November 2022. Dicapai pada 21 December 2022.
  2. ^ RESERVED, INSERM US14-- ALL RIGHTS. "Orphanet: Bacterial toxic shock syndrome". www.orpha.net (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 November 2023. Dicapai pada 15 February 2024.
  3. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z Low, DE (July 2013). "Toxic shock syndrome: major advances in pathogenesis, but not treatment". Critical Care Clinics. 29 (3): 651–75. doi:10.1016/j.ccc.2013.03.012. PMID 23830657.
  4. ^ a b Gottlieb, Michael; Long, Brit; Koyfman, Alex (June 2018). "The Evaluation and Management of Toxic Shock Syndrome in the Emergency Department: A Review of the Literature". The Journal of Emergency Medicine. 54 (6): 807–814. doi:10.1016/j.jemermed.2017.12.048. PMID 29366615.
  5. ^ Ferri, Fred F. (2010). Ferri's differential diagnosis : a practical guide to the differential diagnosis of symptoms, signs, and clinical disorders (ed. 2nd). Philadelphia: Elsevier/Mosby. m/s. Chapter T. ISBN 978-0323076999.
  6. ^ Wilkins, Amanda L.; Steer, Andrew C.; Smeesters, Pierre R.; Curtis, Nigel (2017). "Toxic shock syndrome – the seven Rs of management and treatment". Journal of Infection (dalam bahasa Inggeris). 74: S147–S152. doi:10.1016/S0163-4453(17)30206-2. PMID 28646955.