Sindrom terlupa anak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sindrom terlupa anak merupakan satu fenomena yang mana kanak-kanak tertinggal di dalam kenderaan.

Analisis[sunting | sunting sumber]

Lebih daripada 25% ibu bapa yang mempunyai anak di bawah 3 tahun kehilangan kesedaran tentang kehadiran anak di dalam kereta pada bila-bila masa semasa memandu.[1]:77 Setiap tahun, di seluruh dunia, berpuluh-puluh kanak-kanak mati akibat hipertermia berkaitan dengan kenderaan.[a][3] Oleh sebab angka ini mula meningkat selepas beg udara menjadi lebih meleluasa[9]:7 dan kerusi keselamatan kanak-kanak menghadap ke belakang,[1]:76 penyelidik mula mengesyaki bahawa ingatan mungkin penyebabnya.[10]

Menurut David M. Diamond, seorang profesor psikologi di Universit Florida Selatan yang mengkaji fenomena itu sejak 2004, ini adalah hasil daripada ketegangan antara sistem memori tabiat dan sistem memori prospektif dalam otak,[11] yang berakhir dengan "memori tabiat" ganglia basal menyampuk sistem "ingatan prospektif" hipokampus dan korteks prefrontal,[1]:78, 83[12][13] mengakibatkan ingatan palsu dan apa yang beliau panggil "autopilot [autopandu]".[12][13][14] Ahli-ahli psikologi lain telah mengatakan bahawa fenomena ini fungsinya serupa dengan terlupa kunci di dalam kereta[15] atau terlupa menghantar surat.[16]

Diamond telah mengenal pasti faktor-faktor biasa fenomena ini ialah "stres, tidur yang tidak mencukupi dan perubahan pada rutin".[13] Stephen Cowen, seorang profesor psikologi di Universiti Arizona, telah menyatakan bahawa tekanan boleh membuat seseorang "lebih peka terhadap rangsangan deria segera atau ancaman dalam persekitaran tetapi tidak begitu peka terhadap ingatan yang lebih jauh seperti tertinggal anak-anak di dalam kereta".[17]

Usaha pencegahan[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa usaha untuk menangani fenomena ini dengan teknologi, seperti sistem amaran tempat duduk belakang (yang memberi pemberitahuan apabila tempat duduk belakang dibuka sebelum memandu), penggera tempat duduk (yang mengesan sama ada kanak-kanak ada di belakang) [8] dan peringatan pada tamat perjalanan.[18] Persatuan Pembuatan Motokar Global dan Perikatan Pengeluar Automobil telah komited untuk menyeragamkan sistem amaran penumpang belakang menjelang 2025.[19] Itali dan Israel telah menggubal undang-undang yang mewajibkan sistem keselamatan sedemikian.[20]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Nota penerangan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Di Amerika Syarikat, kira-kira 38 kanak-kanak meninggal dunia setiap tahun akibat tertinggal di dalam kenderaan.[2][3] A study of Brazilian incidents examining 31 cases (including 21 fatalities) from 2006 to 2015 found that 71% of cases involved a parent forgetting the child.[4] An study of Italian incidents found 8 vehicular-related hyperthermia deaths between 1998 and 2017.[5] A study of Indian cases found 40 fatalities from 2011 to 2020.[6] A study of Canadian incidents found one death per year,[7] with most being a result of being forgotten.[8]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Breitfeld, Erika (2020). "Hot-Car Deaths and Forgotten-Baby Syndrome: A Case Against Prosecution" (PDF). Berkeley Journal of Criminal Law. 25: 72–106. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Breitfeld" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ Null, Jan (May 30, 2023). "Heatstroke Deaths of Children in Vehicles". Dicapai pada June 6, 2023.
  3. ^ a b Lee-Kelland, Richard; Finlay, Fiona (2019). "GP3 'Forgotten baby syndrome': a systematic review and analysis of caregiver intention" (PDF). Archives of Disease in Childhood. 104 (Suppl. 3). doi:10.1136/archdischild-2019-epa.69.
  4. ^ Costa, Driely; Grundstein, Andrew (July 2016). "An Analysis of Children Left Unattended in Parked Motor Vehicles in Brazil". International Journal of Environmental Research and Public Health. 13 (7): 649. doi:10.3390/ijerph13070649. PMC 4962190. PMID 27399747.
  5. ^ Scozzari, Gitana; Bert, Fabrizio; Gualano, Maria R.; Siliquini, Roberta (February 2020). "Forgotten children in parked vehicles: a review of Italian fatalities". Minerva Pediatrica (dalam bahasa Italian). 72 (1): 55–59. doi:10.23736/S0026-4946.18.05125-3. PMID 29381013. S2CID 34039091.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ Siddiqui, Gulnaz Fatima; Singh, Mukesh Vir; Shrivastava, Anubha; Maurya, Manisha; Tripathi, Ambuj; Siddiqui, Shahid Akhtar (July 2021). "Children Left Unattended in Parked Vehicles in India: An Analysis of 40 Fatalities from 2011 to 2020". Journal of Tropical Pediatrics. 67 (3). doi:10.1093/tropej/fmaa075. PMID 32929468.
  7. ^ Ho, Karen; Minhas, Ripudaman; Young, Elizabeth; Sgro, Michael; Huber, Joelene F. (April 2020). "Paediatric hyperthermia-related deaths while entrapped and unattended inside vehicles: The Canadian experience and anticipatory guidance for prevention". Paediatrics & Child Health. 25 (3): 143–148. doi:10.1093/pch/pxz087. PMC 7147705. PMID 32296275.
  8. ^ a b Roy, Lillian (August 22, 2022). "'Forgotten baby syndrome' is more common than you think. Here's how technology can help". CTV News.
  9. ^ Forston, Jacob W.; Fradella, Henry F. (2022). "A Content Analysis of Criminal Cases Concerning Unattended Children in Vehicles Between 1990 and 2021: Empirically-Based Suggestions for Reform" (PDF). Chapman Law Review. 26: 1–55.
  10. ^ Rudd, Rodney; Prasad, Aloke; Weston, Doug; Wietholter, Kedryn (Julai 2015). "Pengenalan dan Latar Belakang". Functional Assessment of Unattended Child Reminder Systems (PDF) (Laporan). National Highway Traffic Safety Administration. m/s. 2.
  11. ^ Pelletiere, Nicole (14 Julai 14 2016). "'Forgotten Baby Syndrome': A Parent's Nightmare of Hot Car Death". ABC News. Check date values in: |date= (bantuan)
  12. ^ a b Rosenblatt, Kalhan (June 27, 2017). "Hot Car Deaths: Scientists Detail Why Parents Forget Their Children". NBC News.
  13. ^ a b c Thomas, Emily A. (August 18, 2022). "Research Shows That Anyone Could Forget a Kid in a Hot Car". Consumer Reports. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Thomas" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  14. ^ Groves, Anna (July 26, 2018). "You say it could never happen, but it does. Here are the reasons infants are left in cars". Milwaukee Journal Sentinel.
  15. ^ Minton, Leslie (May 24, 2018). "Study: Hot cars can hit deadly temperatures in as little as one hour". Arizona State University.
  16. ^ "Mother suffered 'forgotten baby syndrome', death inquest told". BBC News. March 22, 2017.
  17. ^ Purtill, Corinne (June 27, 2017). "The neuroscience that explains the awful truth that anyone is capable of accidentally killing their child". Quartz.
  18. ^ Speck, Emilee (June 16, 2022). "7 apps and smart technology designed to prevent heatstroke deaths in children". Fox Weather.
  19. ^ Maddireddy, Mihir (September 5, 2019). "Rear-Seat Occupant Alerts Will Be Standard on All Cars by 2025". Car and Driver.
  20. ^ Stub, Zev (June 27, 2021). "From August 1: Devices to prevent drivers from forgetting kids in cars". Jerusalem Post.