Sistem berautonomi (Internet)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam Internet, Sistem berautonomi (bahasa Inggerisnya "autonomous system", AS) ialah sekumpulan awalan penghalaan Protokol Internet bersambungan yang dikawal oleh satu atau lebih pengendali rangkaian yang mempersembahkan polisi penghalaan yang jelas ditakrif dan sepunya ke Internet.[1]

Asalnya, takrifannya memerlukan kawalan oleh entiti tunggal, biasanya pembekal khidmat Internet (ISP) atau pertubuhan yang sangat besar dengan sambungan sendiri ke berbilang rangkaian, mengikut satu polisi penghalaan tunggal yang ditakrif secara jelas, seperti ditakrifkan dalam RFC 1771.[2] Takrifan baru dalam RFC 1930 mula diguna kerana berbilang pertubuhan boleh menjalankan BGP menggunakan nombor AS peribadi ke ISP yang menyambungkan kesemua pertubuhan tadi ke Internet. Walaupun ISP mampu menyokong lebih daripada satu AS, Internet hanya melihat pada polisi penghalaan ISP. ISP itu mesti ada Nombor Sistem Berautonomi (ASN) yang didaftarkan secara rasmi.

Penguntukkan[sunting | sunting sumber]

Nombor-nombor AS diuntukkan dalam blok-blok oleh Internet Assigned Numbers Authority (IANA) kepada Pendaftaran Internet Serantau (PIS). PIS yang sesuai kemudian menguntukkan nombor-nombor AS kepada entiti-entiti dalam kawasannya daripaa blok yang diuntukkan oleh IANA. Entiti-entiti yang inginkan sebuah ASN mesti melengkapkan proses permohonan bagi PIS setempat mereka dan diterima sebelum diuntukkan sebuah ASN. Penguntukkan ASN oleh IANA dapat ditemukan di tapak web IANA.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ RFC 1930, Seksyen 3
  2. ^ RFC 1771, takrifan asal (kini lapuk) bagi Protokol Laluan Sempadan (BGP)
  3. ^ Autonomous System Numbers