Sistem maklumat geografi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sistem maklumat geografi (SMG atau GIS, singkatan geographic information system), sains maklumat geografi, atau kajian maklumat georuang ialah sistem yang direka untuk menangkap, menyimpan, mengolah, menganalisis, mengurus, dan mempersembahkan kesemua jenis data rujukan geografi.[1] Dalam istilah yang paling mudah, SMG ialah gabungan antara teknologi kartografi, analisis statistik, dan pangkalan data.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Pengertian SMG adalah luas dan boleh merujuk kepada sebilangan teknologi, proses, serta kaedah yang berbeza-beza. Ia dikaitkan dengan pelbagai operasi dan kebanyakan penggunaan yang berkaitan dengan kejuruteraan, perancangan, pengurusan, pengangkutan, logistik, insurans, telekomunikasi, dan urusniaga.[2] Atas sebab itu, SMG dan aplikasi-aplikasi bijak-lokasi boleh menjadi asas untuk kebanyakan perkhidmatan tahu-kedudukan (location enabled service) yang bergantung kepada analisis, penampakan dan penyebaran hasil untuk membuat keputusan secara usaha sama.

Sejarah perkembangan[sunting | sunting sumber]

Antara penggunaan analisis ruang yang pertama dalam epidemiologi ialah "Rapport sur la marche et les effets du choléra dans Paris et le département de la Seine" yang dibuat pada tahun 1832.[3] Dalam laporan itu, Charles Picquet, seorang ahli geografi Perancis, telah membentangkan 48 daerah bagi kota Paris dengan warna gradien hafton mengikut peratus kematian akibat kolera per 1,000 orang penduduk.

Dalam tahun 1854 pula, John Snow menggambarkan wabak kolera di London menggunakan titik-titik bagi mewakili kedudukan kes-kes individu, mungkin antara yang terawal menggunakan kaedah geografi dalam epidemiologi.[4] Kajiannya tentang taburan kolera tersebut membolehkan punca penyakit itu dikesan, iaitu pam air Broad Street (wabak dihapuskan dengan memutuskan sambungan pam tersebut).

Versi E. W. Gilbert (1958) bagi peta wabak kolera Soho tahun 1855 John Snow yang menunjukkan gugusan kes-kes kolera di London pada tahun 1854

Walaupun unsur-unsur asas topografi dan tema dalam peta John Snow telah sedia wujud dalam kartografi, namun ia adalah unik dari segi pengguaan kaedah kartografi yang bukan hanya untuk memberi gambaran tetapi juga untuk menganalisis gugusan bagi fenomena yang bergantung kepada geografi.

Teknik dan teknologi SMG[sunting | sunting sumber]

  • Menghubungkaitkan maklumat daripada sumber berbeza
  • Ketidakpastian SMG
  • Pembentangan data
  • Penangkapan data
  • Penukaran raster kepada vektor
  • Unjuran, sistem koordinat, dan pendaftaran
  • Analisis ruang dengan SMG
  • Output data dan kartografi
  • Teknik paparan grafik
  • ETL ruangan
  • Perlombongan data SMG

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Geographic Information Systems as an Integrating Technology: Context, Concepts, and Definitions". ESRI. Dicapai pada 10 November 2011.
  2. ^ Maliene V, Grigonis V, Palevičius V, Griffiths S (2011). "Geographic information system: Old principles with new capabilities". Urban Design International. m/s. 1–6. doi:10.1057/udi.2010.25.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  3. ^ "Rapport sur la marche et les effets du choléra dans Paris et le département de la Seine. Année 1832". Gallica. Dicapai pada 31 Oktober 2013.
  4. ^ "John Snow's Cholera Map". York University. Dicapai pada 31 Oktober 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]