Epidemiologi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Epidemiologi ialah kajian tentang faktor yang mempengaruhi kesihatan dan ketidaksihatan suatu populasi dan berperanan sebagai asas dan campur tangan logik yang dibuat untuk kepentingan kesihatan awam dan perubatan pencegahan. Ia dianggap sebagai metodologi asas bagi kajian kesihatan awam, dan ia amat dititikberatkan di dalam perubatan berasaskan bukti untuk mengenal pasti faktor risiko untuk sesuatu penyakit dan memastikan pendekatan kaedah rawatan yang optimum untuk amalan klinikal. Di dalam pengkajian penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit, kerja ahli epidemiologi berbagai dari penyiasatan wabak kepada reka bentuk kajian, pengumpulan data dan analisis termasuk pengembangan model statistik untuk menguji hipotesis dan pendokumenan keputusan untuk dihantar ke jurnal kajian semula setara.