Sistem renin-angiotensin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rajah anatomi bagi RAAS.[1]

Sistem renin-angiotensin (Bahasa Inggeris: renin-angiotensin system, RAS) atau sistem renin-angiotensin-aldosteron (Bahasa Inggeris: renin-angiotensin-aldosterone system, RAAS) ialah satu sistem hormon yang mengawal atur tekanan darah dan keseimbangan air (bendalir).

Mekanisme[sunting | sunting sumber]

Mekanisme sistem bermula apabila terdapat penurunan dalam tekanan darah atau isi padu darah. Penurunan ini boleh dikesan oleh baroreseptor di sinus karotid. Selain itu, perubahan ini boleh membawa kepada penurunan kepekatan cecair turasan natrium klorida yang merangsang makula densa untuk mengisyaratkan sel jukstaglomerulus untuk menghasilkan renin.

Renin kemundiannya melakukan tindak balas proteolisis dengan angiotensinogen lalu menghasilkan angiotensin I. Angiotensin I pula ditindak balas oleh enzim penukaran angiotensin lalu menghasilkan angiotensin II.

Angiotensin II pula terikat di reseptor sel mesangium intraglomerulus, menyebabkan sel mengecut bersama kapilari darah di sekeliling sel serta merangsang pengeluaran aldosteron.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ pp. 866–67 (Integration of Salt and Water Balance) and 1059 (The Adrenal Gland) dalam: Walter F., Boron (2003). Medical Physiology: A Cellular And Molecular Approaoch. Elsevier/Saunders. m/s. 1300. ISBN 1-4160-2328-3. 
  • Banic A, Sigurdsson GH, Wheatley AM (1993). "Influence of age on the cardiovascular response during graded haemorrhage in anaesthetized rats". Res Exp Med (Berl). 193 (5): 315–21. doi:10.1007/BF02576239. PMID 8278677. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Fisiologi kardiovaskular Templat:Fisiologi ginjal Templat:Homeostasis manusia