Sitkom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sitkom ialah akronim bagi 'situasi komedi'. Genre komedi ini berasal dari radio, namun hari ini sitkom hampir hanya dapat dijumpai di televisyen. Sitkom biasanya terdiri dari watak-watak yang berulang di suatu tempat yang sama seperti rumah atau tempat kerja.

Di Malaysia, istilah ini mula digunakan oleh Hatta Azad Khan yang mengarahkan sitkom Flat Seri Wangi yang disiarkan di TV3 sekitar tahun 1990-an.

Sitkom mendapat 'rating' yang baik dari kalangan penonton terutama masyarakat Melayu yang mahukan hiburan ringan pada malam minggu. Sitkom ini mudah diolah dan diskripkan kerana memakan masa selama 20 - 30 minit dengan topik yang berubah-ubah dari semasa ke semasa tetapi menggunakan set, lokasi, dekorasi dan watak yang hampir-hampir sama setiap kali muncul di TV.