Skala Shindo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Skala Shindo digunakan pada peta yang menggambarkan kekuatan gempa bumi Tohoku pada 2011

Skala Shindo (Bahasa Jepun: 震度, "darjat goncangan" nama rasmi: 気象庁震度階級, Kishouchou Shindo Kaikyuu "skala intensiti seismik Agensi Meteorologi Jepun") merupakan sebuah skala intensiti gempa bumi yang digunakan di Jepun dan Taiwan. Skala ini mengukur darjat goncangan yang berlaku di permukaan bumi dan bukannya tenaga yang dilepaskan oleh gempa bumi seperti dalam skala Richter.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Perubahan jenis dan nama pada skala Shindo[1]
1884 - 1898 1998 - 1936 1936 - 1949 1949 - 1996 1996 - Kini
Shindo 0 / Gempa kecil (Tiada perasaan) Shindo 0 / Tiada perasaan Shindo 0
Gempa kecil

(微震, Bishin)

Shindo 1 / Gempa kecil Shindo 1 / Gempa kecil
  •      Shindo 1
  • Gempa sederhana

    (弱震, Jakushin)

    Shindo 2 / Gempa sederhana (Tahap lemah) Shindo 2 / Gempa lemah
  •      Shindo 2
  • Shindo 3 / Gempa sederhana Shindo 3 / Gempa biasa
  •      Shindo 3
  • Gempa kuat

    (強震, Kyoushin)

    Shindo 4 / Gempa kuat (Tahap lemah) Shindo 4 / Gempa sederhana
  •      Shindo 4
  • Shindo 5 / Gempa kuat Shindo 5 / Gempa kuat
  •      Shindo 5 (Lemah)
  •      Shindo 5 (Kuat)
  • Gempa dahsyat

    (烈震, Resshin)

    Shindo 6 / Gempa dahsyat Shindo 6 / Gempa teruk
  •      Shindo 6 (Lemah)
  •      Shindo 6 (Kuat)
  • Shindo 7 / Gempa dahsyat
  •      Shindo 7
  • Penjelasan skala[sunting | sunting sumber]

    Skala Shindo[2]
    Skala Kesan pada manusia Kesan pada kawasan dalam Kesan pada kawasan luar
    Skala 0 Tidak dapat dirasai manusia dan hanya dikesan melalui seismograf. Tiada perubahan berlaku. Tiada perubahan berlaku.
    Skala 1 Hanya dirasai oleh orang di dalam bangunan dalam keadaan tertentu
    Skala 2 Dirasai kebanyakan orang di dalam bangunan dalam keadaan senyap. Ada orang yang terjaga dari tidurnya. Lampu elektrik dan objek-objek tergantung sedikit terhayun.
    Skala 3 Dirasai hampir kesemua orang di dalam bangunan dalam keadaan senyap. Kebanyakan orang yang terjaga dari tidurnya. Peralatan dapur berbunyi-bunyi Kabel elektrik sedikit terhayun.
    Skala 4 Hampir kesemua orang terkejut. Dapat dirasai oleh orang yang sedang berjalan dan hampir kesemua orang terjaga dari tidurnya. Lampu elektrik dan objek-objek tergantung terhayun dengan kuat. Barangan dengan kestabilan lemah tergoncang. Kabel elektrik terhayun dengan dengan kuat. Orang di dalam kenderaan yang bergerak boleh merasai goncangan.
    Skala 5 (Lemah) Kebanyakan orang dalam ketakutan. Lampu elektrik dan objek-objek tergantung terhayun dengan ganas. Peralatan dapur dan buku di almari terjatuh. Barangan dengan kestabilan lemah banyak tergoncang dan terjatuh. Perabot yang tidak dilekatkan pada tempatnya begerak-gerak. Beberapa tingkap kaca pecah dan tiang-tiang utiliti mula bergoncang. Kawasan lebuh raya mula mengalami kerosakan.
    Skala 5 (Kuat) Kebanyakan orang sukar untuk bergerak dan melakukan pergerakan. Kebanyakan peralatan dapur dan buku pada almari dan televisyen di meja terjatuh. Perabot yang tidak dilekatkan pada tempatnya juga terjatuh. Tingka-tingkap kaca pecah. Dinding konkrit yang tidak dikukuhkan runtuh. Mesin layan diri yang tidak diselenggara dengan baik terjatuh. Kenderaan sukar bergerak dan ada yang terhenti.
    Skala 6 (Lemah) Sukar untuk berdiri. Kebanyakan perabot yang tidak dilekatkan pada tempatnya bergerak-gerak dan terjatuh. Pintu yang terbuka bergoyang. Pelindung dinding dan tingkap kaca mengalami kerosakan dan ada yang runtuh.
    Skala 6 (Kuat) Mustahil untuk berdiri dan malah merangkak serta melakukan sebarang pergerakan. Ada orang yang terhumban. Hampir kesemua perabot yang tidak dilekatkan pada tempatnya bergerak-gerak dan banyak yang terjatuh. Pelindung dinding dan tingkap kaca mengalami kerosakan dan banyak yang runtuh. Bangunan tanpa dinding konkrit yang dikukuhkan runtuh.
    Skala 7 Hampir kesemua perabot yang tidak dilekatkan pada tempatnya bergerak-gerak dan terjatuh serta terhumban. Pelindung dinding dan tingkap kaca mengalami kerosakan dan banyak yang runtuh. Bangunan dengan dinding konkrit yang dikukuhkan juga runtuh.

    Rujukan[sunting | sunting sumber]

    1. ^ 震度の活用と震度階級の変遷等に関する参考資料. Agensi Meteorologi Jepun. 2009. m/s. 15 – 17. 
    2. ^ "気象庁震度階級関連解説表". Agensi Meteorologi Jepun. 31 Mac 2009.