Solution (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Solution
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreRock/Slow Rock
PekerjaanPenyanyi/Pemuzik
Tahun aktif1994 -
Pengkarya berkait
Berkumpulan


Kumpulan Solution merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rockMelayu.[1]

Kumpulan Solution pernah muncul dengan album sulung pada tahun 1994 menggunakan nama Perdana, namun kehadiran mereka gagal meletakkan kumpulan itu di tempat terbaik.

Kumpulan Solution kemudian menerbitkan album kedua Solution berjudul Isytihar yang menekankan konsep rock progresif yang disesuaikan dengan selera pendengar muzik Malaysia. Mereka juga banyak memilih lirik bermesejkan cinta kerana lagu bermesej sedemikian senang diterima oleh peminat.

Album tersebut juga menampilkan komposer dan penulis lirik terkenal seperti Johari Teh, Loloq, Azam Dungun, Ajai dan beberapa lagi. Antara lagu yang dimuatkan ialah Rindu Pasti Merindu, Dusta Sebuah Janji, Isytihar Sultan Cinta, Pesona, Mahligai Kencana dan beberapa lagi.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Solution terdiri daripada empat orang pemuda.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  • Perdana (1994)
  • Isytihar (1999)

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Rindu Pasti Merindu, [2] [3]
  • Dusta Sebuah Janji, [4]
  • Isytihar Sultan Cinta,
  • Pesona,
  • Mahligai Kencana

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]