Spanar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Satu set sepana metrik berhujung terbuka dan cincin di sebelahnya.

Sepanar (juga dieja spanar, sepana) atau perengkuh adalah alat digunakan mencengkam dan menerapkan tork untuk memusingkan objek - biasanya pengikat berputar, seperti nat dan baut - atau mencegahnya berpusing.

Kata spanar atau sepana meminjam dari Bahasa Inggeris: spanner menyerap bahasa Jerman yang mula digunakan pada tahun 1630-an merujuk kepada alat mengetat pegas dalam kancing roda senjata api; ia turunan spannen "menghubung" dari Proto-Jermanik *spannan dari PIE root *(s)pen- ("menarik, meregangkan, memusing").[1] Alat ini telah diperhatikan oleh sejarawan sejak abad ke-15 untuk tujuan memasangkan kelengkapan tertentu seperti pembetung dan baju besi.[2]

Jenis[sunting | sunting sumber]

Gambar Nama Keterangan
Clé plate.jpg spanar terbuka berhujung U yang mampu memuatkan bolt atau nat tertentu; hujung ini bersudut 15 darjah lari dari paksi alat membolehkan penarikan dari ruang masuk yang terbatas[3]
spanar kotak berhujung cincin dengan bukaan segi empat ("kotak") atau heksagon memudahkan pengetatan nat[4]
Socket wrench and sockets.JPG spanar soket sama seperti spanar kotak atau cincin tetapi dipasangkan dengan batang engkol (ratchet ) yang berasingan untuk memudahkan pengetatan atau pelonggaran[3]
Spanner wrenches various kinds from Colvin and Stanley 1910 p64.png spanar cangkuk berhujung cangkuk bercuping memudahkan pemuatan kepada nat gelang yang berlekuk[5]
AdjustableWrenchWhiteBackground.jpg spanar boleh laras atau spanar hidup kepala boleh disuaikan menggunakan pengetat laras di bawah mata alat. Spanar jenis ini kurang disyorkan untuk melonggarkan nat kerana mudah menyebabkan bucu nat menjadi haus[3]
Trimo pattern Aluminum Pipe Wrenches.jpg spanar/perengkuh paip badan keras dan agak berat serta bergerigi di hujung kepala memudahkan pencengkaman pada paip dan pasangan keluli.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "spanner (n.)". Online Etymology Dictionary. Dicapai pada 17 November 2019.
  2. ^ Henry C. Mercer, Ancient Carpenters' Tools: Illustrated and Explained, Together with the Implements of the Lumberman, Joiner and Cabinet-Maker, 1928, reprint Courier Corporation - 2013, pages 271-272
  3. ^ a b c Brader Shawn (24 Februari 2020). "#TahukahAnda: Inilah Spanar Asas yang Perlu Anda Tahu Sebelum Baiki Motosikal". PanduLaju. Dicapai pada 31 Ogos 2021.
  4. ^ "spana kotak". Kamus teknikal dan kejuruteraan dengan istilah kejuruteraan. Golden Books Centre Sdn. Bhd. 1992. m/s. 91.
  5. ^ "spana cangkuk". Kamus teknikal dan kejuruteraan dengan istilah kejuruteraan. Golden Books Centre Sdn. Bhd. 1992. m/s. 91.