Spica (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Spica
Spicagroup.png
Latar belakang
Berasal dariKorea Selatan Seoul, Korea Selatan
GenreK-Pop
Tahun aktif2012-2017
Syarikat rakaman
B2M Entertainment
ASA Music LLC
Kegiatan berkaitan
Spica.S
AhliKim Boa
Park Sihyun
Park Narae
Yang Jiwon
Kim Bohyung

Spica adalah sebuah kumpulan muzik yang berasal dari Korea Selatan. Ia dianggotai oleh 5 orang ahli iaitu Kim Boa, Park Sihyun, Park Narae, Yang Jiwon dam Kim Bohyung. Kumpulan ini mengeluarkan single pertama mereka berjudul "Doggedly" pada tarikh 31 Januari 2012.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

2012: "Doggedly", Russian Roulette dan Lonely[sunting | sunting sumber]

Pada awal tahun 2012, B2M Entertainment mengumumkan bahawa mereka akan debut sekumpulan gadis penyanyi.[1] Nama mereka adalah merujuk kepada Spica, bintang paling terang dalam buruj Virgo. Pada 10 Jan 2012, kumpulan ini mengeluarkan digital tunggal pertama mereka "Doggedly" (독하게; juga diterjemah sebagai "Berkesan"). Video Muzik tersebut mencetuskan minat yang tinggi, ketika rakan label mereka - Mate Lee Hyori membuat kemunculan.[2][3]

Pada 31 Januari, B2M Entertainment mengumumkan bahawa kumpulan itu akan membuat kemunculan rasmi mereka dengan mini album berjudul Russian Roulette. Video muzik panjang penuh telah dibebaskan pada 7 Februari.[4] Promosi bagi "Russian Roulette" bermula dua hari berikutnya di M! Countdown.[5] Lirik lagu tersebut kemudiannya diubah untuk memenuhi piwaian badan penyiaran "Munhwa Broadcasting Corporation" -MBC.[6] Kumpulan tersebut membebaskan album lebih panjang dipaket semula berjudul Painkiller pada 29 Mac, mempromosi judul trek dengan nama yang sama.[7]

Spica kembali dengan EP Kedua mereka berjudul Lonely pada 21 November, mempromosi tajuk trek dengan nama yang sama.[8] Mereka sekali lagi berkerjasama dengan Sweetune, yang turut menghasilkan "Russian Roulette". Kumpulan ini pertama kali mempromosi lagu pada Music Bank pada 23 November, dan mengadakan "persembahan selamat tinggal" pada 6 Januar pada Inkigayo. Lagu lain dalam album adalah "Bersama Awak", ditulis oleh Kim Boa, "Malam Itu" (그날 밤), ditulis oleh Kim Bohyung, dan "Sejak Awak Keluar Dari Hidup Saya".[9] Album tersebut memuncak pada kedudukan ke-8 di carta album mingguan Gaon,[10] dengan jualan sebanyak 2,113 salinan fizikal.[11]

Album[sunting | sunting sumber]

  • Russian Roulette (2012)
  • Lonely (2012)

Single[sunting | sunting sumber]

  • Doggedly (2012)
  • I It Be There (2012)
  • Potently (2012)
  • Tonight (2013)
  • You Don't Love Me (2014)
  • Give Your Love (2014)
  • I Did It (2014)

Program hiburan[sunting | sunting sumber]

  • Weekly Idol (2013)
  • Lee Hyori X Unnie (2013)
  • Beauty Show (2012)
  • Seo In Yeong's Star (2014)

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

  • Best New Female Artist (2012)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 이효리 소속사, 신예 5인조 걸그룹 스피카 공개. Naver (January 2, 2012). Retrieved on March 23, 2012.
  2. ^ Lee, Nancy (January 10, 2012). "Spica Music Video Starring Lee Hyori Released". enewsWorld. Dicapai February 7, 2015. 
  3. ^ 열애중 이효리, 그 치명적 매력 어디갈까. OSEN (3 Januari 2012). Dicapai pada 23 Mac 2012.
  4. ^ 열애중 이효리, 그 치명적 매력 어디갈까. OSEN (3 Januari 2012). Dicapai pada 23 Mac 2012.
  5. ^ SPICA makes their debut with “Russian Roulette” on ‘M! Countdown’!. allkpop (9 Februari 2012). Dicapai pada 23 Mac 2012.
  6. ^ "SPICA to Alter Lyrics of "Russian Roulette"". Soompi. Dicapai 11 July 2014. 
  7. ^ [스피카] 2012.03.29 ::Painkiller:: 1st mini album repackage release. Twitter (March 19, 2012). Retrieved on March 23, 2012.
  8. ^ Hong, Grace Danbi (November 21, 2012). "[Video] Spica is So Very Lonely in New MV". enewsWorld. Mwave. Dicapai November 4, 2014. 
  9. ^ "Lonely". Naver Music (dalam bahasa Korean). Naver. Dicapai November 4, 2014. 
  10. ^ "2012년 48주차 Album Chart". Gaon Chart (dalam bahasa Korean). Korea Music Content Industry Association. Dicapai November 4, 2014. 
  11. ^ "2012년 11월 Album Chart". Gaon Chart (dalam bahasa Korean). Korea Music Content Industry Association. Dicapai November 4, 2014.