Sri Sangrama Vijayatunggavarman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sri Sangrama Vijayatunggavarman ialah seorang Maharaja Srivijaya yang memerintah pada permulaan kurun ke-11 di Kadaram. Baginda terkenal kerana pada zaman pemerintahannya, berlaku serangan besar-besaran empayar Chola ke atas Srivijaya pada tahun 1025 masihi.

Biogragfi[sunting | sunting sumber]

Nama Sangrama Vijayatunggavarman ada diukir pada Inskripsi Tanjore yang bertarikh 1030 di candi Rajaraja di Tanjore, Selatan India. Inskripsi ini dihasilkan ketika pemerintahan Rajendra Chola I, untuk memperingati kempen ketenteraannya ke atas Srivijaya pada tahun 1025. Dalam inskripsi ini, dinyatakan yang ibukota Srivijaya iaitu Kadaram telah berjaya ditakluki, manakala Rajanya, Sangrama Vijayatunggavarman berjaya ditawan.[1][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Muljana, Slamet (2006). F.W. Stapel (penyunting). Sriwijaya. PT. LKiS Pelangi Aksara. ISBN 978-979-8451-62-1.
  2. ^ Coedes, George (1996). The Indianized States of Southeast Asia. University of Hawaii Press. m/s. 142&143. ISBN 978-0824803681.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.