Stadium Fortress (Lahore)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Stadium Fortress (biasa disebut juga sebagai Fortress sahaja) ialah kawasan yang popular di zon lapang yang terdiri daripada pusat beli-belah, kedai makan, kafe, tempat-tempat hiburan dan stadium sukan. Kawasan ini terletak di pekan raya Cantt, Lahore, Pakistan. Antara kawasan-kawasan pusat beli-belah lain seperti M.M. Alam Road dan Pasar Liberty di Gulberg, kawasan inilah yang menjadi kawasan yang paling popular bagi belia bandar di Lahore. Stadium Fortress juga merupakan salah satu kawasan perniagaan yang paling sibuk di Lahore. Brigadier Sikandar Khan ialah Pengerusi Stadium Fortress dari 2012 hingga 2013.[1]

Daya Tarik[sunting | sunting sumber]

Bendera Pakistan di hadapan kawasan beli-belah Stadium Fortress

Pertunjukan Kuda dan Lembu Negara[sunting | sunting sumber]

Stadium ini menggalakan tapak Pertunjukan Haiwan Ternak dan Kuda Negara yang popular sebagai acara paling mahsyur di Lahore. Kegiatan dalam acara, di antaranya: persembahan haiwan-haiwan ternak, kemampuan berkuda, tambatan khemah, fesyen, tarian unta, perlumbaan, tarian rakyat, pertandingan ratu, pertunjukan kumpulan dan bunga api gergasi pada waktu malam. Acara ini juga disertai pameran yang memaparkan seni kraf, industri peternakan, dan pertanian Pakistan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "FORTRSS STADIUM: SHOPPING CENTRE LEASE AGREEMENT CHALLENGED". The Express Tribune (newspaper). 26 February 2014. Dicapai pada 28 January 2018.
  2. ^ a b c "Around town: Fortress Stadium, Lahore: A world of entertainment". Dawn (newspaper). 9 May 2009. Dicapai pada 28 January 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]