Kedai kopi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Untuk membincangkan pelbagai perkara dalam projek Wikipedia Bahasa Melayu, sila ke Wikipedia:Kedai Kopi.
"Membincangkan Perang di sebuah Café Paris", The Illustrated London News 17 September 1870

Kedai kopi ialah sebuah tempat yang pada asasnya menyediakan minuman kopi ataupun minuman panas lain. Ia berkongsi beberapa ciri dengan sebuah bar, dan sebuah restoran, tetapi ia berlainan dari sesebuah kafeteria. Seperti digambarkan namanya, kedai kopi tertumpu kepada penghidangan minuman kopi dan teh dan juga snek ringan. Banyak kedai kopi di Timur Tengah dan di kawasan penempatan pendatang Asia Barat di dunia Barat turut menyediakan shisha (nargile dalam bahasa Turki dan Greek), dengan variasi perisa yang diadun bersama tembakau lalu dihisap melalui sebuah hookah.

Dari suatu pengamatan budaya, kedai kopi banyak memberi khidmat sebagai pusat interaksi sosial: kedai kopi dilihat memberi peluang kepada ahli masyarakat untuk berkumpul, berbual, menulis, membaca, menghibur satu sama lain, atau membuang waktu, sama ada secara individu atau dalam kumpulan kecil.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Empayar Uthmaniyyah dan Timur Tengah[sunting | sunting sumber]

Tukang cerita (meddah) di sebuah kedai kopi Empayar Uthmaniyyah

Periwayat Uthmaniyyah, İbrahim Peçevi menulis (1642-49) tentang pembukaan kedai kopi pertama di Istanbul:

Sehingga tahun 962 H (1555 M), di kota Besar dan Kota yang dipelihara Tuhan Kostantiniyye (Istanbul), dan negeri Uthmaniyyah amnya, kopi dan kedai kopi tidak wujud. Pada lebih kurang tahun itu, seorang bernama hakam dari Aleppo dan seorang yang suka melawak bernama Shams dari Damsyik datang ke bandar itu; mereka berdua membuka kedai besar di daerah Tahtakale, dan mula menjual kopi.[1]

Berbagai legenda berkenaan pengenalan kopi di Istanbul di "Kiva Han" pada lewat abad ke-15 berkitar dalam tradisi pemasakan, tapi tanpa sebarang dokumentasi.[2]

Kedai kopi di Makkah pantas menjadi satu keriasauan kepada para imam kerana menjadi tempat perjumpaan politik. Kedai kopi—dan kopi itu sekali—diharamkan oleh para imam antara tahun 1512 dan dan diharamkan oleh mereka antara tahun 1512 dan 1524 M. Pada tahun 1530, kedai kopi pertama dibuka di Damsyik,[3] dan tidak lama kemudian terdapat banyak kedai kopi di Kaherah.

Pengembara Perancis abad ke-17, Jean Chardin, memberikan pemerian rancak tentang budaya kedai kopi Parsi:

Orang ramai berbual, kerana di situlah tempat berita disebarkan dan tempat mereka yang berminat tentang politik bebas mengkritik kerajaan tapi ragu-ragu, kerana kerajaan tidak menghiraukan apa yang diperkatakan mereka. Permainan... seakan-akan dam, ketingting dan catur dimain. Tambahan, mullah, darwis, dan penyair mengambil giliran bercerita dalam bentuk puisi atau prosa. Pengisahan mullah dan darwis merupakan cerita-cerita moral, sama seperti khutbah kita, tetapi tidak dianggap melampau sekiranya tidak dihiraukan. Tiada siapa yang dipaksa berhenti bermain ataupun perbualannya oleh pengisahan tersebut. Seorang mullah akan berdiri di tengah-tengah ataupun di sudut hujung qahveh-khaneh, dan akan mula berkhutbah dengan suara kuat, atau seorang darwis akan masuk dengan tiba-tiba dan mengingatkan para hadiran tentang dunia dan kebendaan duniawi yang sia-sia. sering juga berlaku apabila dua atau tiga orang akan bercakap pada masa yang sama, seorang pada satu sudut dan seorang lagi pada sudut yang lain, dan kadang kala seorang berkhutbah dan seorang lagi bercerita.[4]

Eropah dan Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Kopi muncul di luar Empayar Uthmaniyyah di Eropah buat kali pertamanya pada abad ke-17, dan kedai kopi pun tertubuh dan berkembang dengan cepat. Berkemungkinan besar kedai kopi pertama sampai di Eropah Barat melalui Kerajaan Hungary (yang sekali gus menjadi perantara di antara Empayar Rom Holy dan Empayar Uthmaniyyah),[5] dan juga muncul di Venice; kedai kopi pertama dicatatkan pada tahun 1645.

Kedai kopi pertama di England dibuka di Oxford pada tahun 1650 oleh seorang Yahudi bernama Jacob, di Angel, di dalam sebuah bangunan yang sekarang dikenali sebagai The Grand Cafe ("Cafe Besar"). Peristiwa ini dicata pada sebuah plak pada dinding kedai kopi dan kedai tersebut merupakan sebuah bar koktel yang mengikut perkembangan fesyen terbaru. [6] Queen's Lane Coffee House ("Kedai Kopi Lorong Ratu") Oxford, tertubuh pada tahun 1654, juga masih kekal hingga ke hari ini. Kedai kopi pertama di London dibuka pada tahun 1652 di Cornhill, London. Tuan punya kedai tersebut bernama Pasqua Rosée, seorang gaji berbangsa Armenia seorang pedagang barangan Turki bernama Daniel Edwards, yang juga mengimport kopi dan membantu Rosee menubuhkan kedai tersebut.[7][8] Menjelang tahun 1675, terdapat lebih daripada 3,000 kedai kopi di England.[9]

Di England, pada amnya, kedai kopi terbuka kepada semua kaum lelaki tanpa mengira darjat. Kedai kopi menjadi tempat pertemuan di mana peniagaan dijalankan dan juga tempat bertukar-tukar berita. Syarikat insurans, Lloyd's of London ditubuh di kedai kopi yang diusahakan oleh Edward Lloyd. Seorang penulis Perancis, Antoine François Prévost, berkata, "... kedai kopi, di mana anda memiliki hak membaca semua akhbar, sama ada yang menyokong atau menentang kerajaan," merupakan "benteng kebebasa Inggeris."[10]

Pasqua Rosee juga menubuhkan kedai kopi pertama di Paris pada tahun 1672.[11] Kedai kopi ini masih kekal dan merupakan tempat pertemuan utama pada Zaman Kesedaran di Perancis. Voltaire, Rousseau, dan Denis Diderot kerap mengunjunginya, dan berkemungkinan besar ia tempat lahir Encyclopédie, ensiklopedia moden pertama.

Kedai kopi pertama Vienna ditubuhkan pada tahun 1683, sementara kedai kopi pertama Poland pula ditubuhkan pada tahun 1724.[12][13]

Di Eropah pada masa ini, kaum wanita sering diharamkan daripada melanggan kedai kopi mahupun pengharaman ini tidak lah dikenakan secara sejagat. Kaum wanita selalu melanggani kedai kopi di Jerman, tetapi mereka diharamkan daripada berbuat demikian di England dan Perancis.[14] Émilie du Châtelet, seorang ahli matematik dan penterjemah buku Pricipia Mathematica Isaac Newton, dikatakan menyamar sebagai lelaki untuk memasuki kedai kopi di Paris.[15]

Kedai kopi pertama di Amerika Syarikat di buka di Boston pada tahun 1676.[16]

Kedai kopi tradisional di Vienna, Austria

Format[sunting | sunting sumber]

Variasi antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Timur Tengah[sunting | sunting sumber]

Kedai kopi di Damsyik
Kedai kopi di Palestin, c.1900.

Di Timur Tengah, kedai kopi (al-maqhā dalam bahasa Arab, qahveh-khaneh dalam bahasa Parsi, kahvehane atau kıraathane dalam bahasa Turki) berfungsi sebagai tempat pertemuan sosial orang lelaki. Kaum lelaki berkumpul di kedai kopi bagi meminum kopi (selalunya kopi Arab atau teh, mendengar muzik, membaca buku, bermain dam, catur dan backgammon, dan mungkin juga mendengar deklamasi daripada Shahnameh dan karya-karya seumpamanya.

Di Mesir, kedai kopi disebut 'ahwah dalam bahasa basahan, yakni sebutan dialek bagi قَهْوة qahwah (harfiah, "kopi")[17][18] ’Ahwah pertama dibuka sekitar tahun 1850-an dan pada asalnya dilanggani oleh orang berumur; para belia mengunjung, tapi tidak membeli. Pada tahun 1920-an kedai kopi dikaitkan dengan kelab Kaherah, bursa Iskandariah dan gharza (kedai kopi kampung). Pada awal abad ke-20 juga, beberapa kedai kopi menjadi tempat penting buat perdebatan politik dan sosial.[17]

Eropah[sunting | sunting sumber]

Di United Kingdom, peranan kedai kopi tradisional sebagai tempat perjumpaan buat kaum muda merosot selepas tahun 1960-an, akan tetapi konsep itu disegarkan semula semenjak tahun 1990-an dengan rangkaian kedai kopi seperti Starbucks, Coffee Republic, Costa Coffee dan Caffè Nero sebagai tempat para profesional berkumpul untuk bertemu, makan atau membeli minuman dan makanan.

Di Perancis, sebuah kedai kopi atau café juga menyediakan minuman beralkohol. Cafe Perancis sering menghidangkan snek seperti sandwic. Cafe juga mungkin memiliki bahagian restoran. Sebuah brasserie ialah cafe yang menghidangkan makanan, lazimnya makanan ringkas, dalam keadaan yang lebih santai berbanding restoran. Sebuah bistro pula ialah sebuah cafe / restaurant, terutamanya di Paris. Namun, selepas era Kesedaran kedai kopi sukar dibezakan daripada bar (tempat minuman keras) kerana mereka berhenti menjadi tempat berkumpul popular buat para saintis dan falsafah, dan diganti dengan taman teh yang mempunyai fungsi yang amat berlainan.

Di beberapa wilayah Belanda di mana penjualan ganja dibenarkan, banyak kedai ganja digelar kedai kopi. Kebanyakan kedai ganja juga menjual minuman tanpa alkohol.

Asia Timur, Asia Tenggara & Oceania[sunting | sunting sumber]

Kedai kopi di Angeles City, Filipina

Di Malaysia dan Singapura, kedai kopi tradisional digelar kopi tiam. Perkataan itu ialah kata lakur perkataan Bahasa Melayu bagi "kopi" dan dialek Hokkien bagi kedai ((咖啡店; POJ: tiàm). Menu tipikal menawarkan hidangan ringan: makanan berlandaskan telur, roti bakar, dan seri kaya, tambah kopi, teh, dan minuman Milo, sejenis minuman coklat malt yang amat popular di Asia Tenggara dan Australasia, terutamanya Malaysia dan Singapura.

Di China, rangkaian kedai kopi domestik yang baharu ditubuhkan dapat dilihat sebagai melayan mereka yang gemar menunjuk-nunjuk, dengan harga kopi lebih tinggi daripada Barat.

Di Filipina, kedai kopi seperti Starbucks tersebar luas di kawasan-kawasan tempat terdapat profesional kelas atas dan menengah terutamanya di Makati.

Di Australia, kedai kopi lazimnya dipanggil cafe. Kemasukan pendatang Itali semenjak Perang Dunia Kedua memperkenalkan mesin kopi espreso di Australia pada tahun 1950-an, dan terdapat peningkatan budaya cafe di negeri itu. Terdapat peningkatan mendadak bagi kopi khusus tempatan, khusunya kopi flat white (kopi susu), terutamanya di bandar Melbourne, ekoran kemunculan budaya hipster, penuntut, atau artis, pada dasawarsa lepas.

Bar espreso dan budaya kopi moden[sunting | sunting sumber]

Kedai kopi di Amerika Syarikat selalunya menjual kuih-muih dan makanan lain

Bar espreso ialah sejenis kedai kopi yang khusus menjual minuman berasaskan kopi espreso. bar espreso berasal dari Itali dan tersebar di seluruh dunia dalam pelbagai bentuk. Contoh-contoh utama rangkain kedai kopi jenis ini ialah Starbucks (AS) dan Costa Coffee (UK) (rangkaian bar espreso terbesar dan kedua terbesar di dunia).

Bar espreso secara tipikalnya tertumpu sekitar kaunter panjang yang dilengkapi mesin espreso dan bekas di mana terdapat pastri da juga makanan seperti sandwic. Di dalam bar espreso tradisional di Itali, pelanggan biasanya memesan dan menikmati minuman di bar; bayaran tambahan dikenakan sekiranya mereka lebih suka duduk di meja makan dan dilayan. Di beberapa bar, minuman yang dihidangkan di kawasan di luar bar dikenakan bayaran tambahan; akan tetapi di bar-bar lain pula, meja disediakan percuma.

Secara amnya, sebelum tahun 1990-an, kedai kopi tulen tidak ditemui di bandar-bandar utama Amerika selain yang terdapat berdekatan kampus-kampus universiti.

Kedai kopi di Amerika Syarikat muncul daripada kedai-kedai kopi kendalian pendatang Itali yang menjual espreso dan kuih-muih di bandar-bandar seperti New York, Boston, dan San Francisco. Semenjak lewat tahun 1950-an kedai kopi menjadi tempat hiburan di mana penyanyi lagu tradisional Amerika berkumpul dan mendendangkan lagu. Kedai kopi juga digunakan oleh pendakyah Kristian untuk menyebarkan agama tersebut.[19]

Rangkaian kedai kopi Starbucks kemudian menyeragamkan model bar espreso dan budaya kedai kopi ini menular ke seluruh dunia melalui rangkai kedai kopi antarabangsa seperti Starbucks dan Costa Coffee. Satu daripada kegunaan asal kedai kopi, yakni sebagai tempat pertukaran maklumat dan komunikasi, kembali muncul di kedai kopi pada tahun 1990-an dengan kewujudan Kafe Internet.[20] Penyebaran kedai kopi moden seiring dengan perkembangan pengkomputan dan kedai kopi espreso kini kelihatan lebih muda, moden dan berpandangan ke hadapan berbanding kedai kopi tradisional.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Quoted in Bernard Lewis, Istanbul and the Civilization of the Ottoman Empire, University of Oklahoma Press (reprint, 1989), p. 132 Google Books. ISBN 978-0-8061-1060-8.
  2. e.g. Psychicsahar.com
  3. http://www.tomstandage.com/6G.html
  4. "Coffee - The Wine of Islam". Superluminal.com. http://www.superluminal.com/cookbook/essay_coffee.html. Capaian 2011-05-29. 
  5. "Kávéházak a dualizmus-kori Kolozsváron". Epa.hu. http://www.epa.hu/00400/00458/00065/2003honap5cikk294.htm. Capaian 2010-09-21. 
  6. in Dictionary of National Biography
  7. Weinberg, Bennett Alan; Bonnie K. Bealer (2002). The World of Caffeine: The Science and Culture of the World's Most Popular Drug. Routledge. m/s. page 154. ISBN 0-415-92722-6. 
  8. Wild, Anthony (2005). Coffee A Dark History. W. W. Norton & Company. m/s. page 90. ISBN 0393060713. 
  9. "JavaScript Detector". Nestleprofessional.com. http://www.nestleprofessional.com/uk/en/SiteArticles/Pages/History_of_Coffee.aspx. Capaian 2010-09-21. 
  10. Prévost, Abbé (1930) Adventures of a man of quality (translation of Séjour en Angleterre, v. 5 of Mémoires et avantures d'un homme de qualité qui s'est retiré du monde) G. Routledge & Sons, London, OCLC 396693
  11. www.procope; Nestlé UK - History of Coffee
  12. Teply, Karl: Die Einführung des Kaffees in Wien. Verein für Geschichte der Stadt Wien, Wien 1980, Vol. 6. p. 104. citated in: Seibel, Anna Maria: Die Bedeutung der Griechen für das wirtschaftliche und kulturelle Leben in Wien. p. 94 online available under: http://othes.univie.ac.at/2016/ pdf
  13. Weinberg, Bennett Alan; Bonnie K. Bealer (2002). The World of Caffeine: The Science and Culture of the World's Most Popular Drug. Routledge. m/s. page 77. ISBN 0-415-92722-6. 
  14. "Coffee History". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-15. http://web.archive.org/web/20070915014128. Capaian 2007-10-27. 
  15. "Gabrielle Emilie le Tonnelier de Breteuil du Chatelet - and Voltaire". http://www.visitvoltaire.com/emilie_du_chatelet_bio.htm. Capaian 2007-10-27. 
  16. "America's First Coffeehouse | Massachusetts Travel Journal". Masstraveljournal.com. http://masstraveljournal.com/page/quick-facts/americas-first-coffeehouse. Capaian 2010-09-21. 
  17. 17.0 17.1 Alpion, Gėzim (18 May 2011). Encounters With Civilizations: From Alexander the Great to Mother Teresa. Transaction Publishers. m/s. 48. ISBN 978-1-4128-1831-5. http://books.google.com/books?id=Ikb8zMXSViMC&pg=PA48. Capaian 1 April 2012. "[T]he drinking establishment began to be named after its newest beverage [i.e., coffee]. This is how qahwa (coffee shop) came into being in Egypt." 
  18. {cite book|author=Desmond Stewart|title=Cairo|url=http://books.google.com/books?id=1qctAQAAIAAJ%7Caccessdate=1 April 2012|year=1965|publisher=Phoenix House|quote=[...] qahwah, coffee, is pronounced as ahwah; the word for citadel, qal'ah, is pronounced al'ah; in both cases, it should be added, the final 'h' is silent and is often omitted.}}
  19. Sources: Tim Schultz, Director, "Jesus For You". A Coffeehouse Manuel, Bethany Fellowship, 1972.
  20. "Julius Briner Message Board". Investorshub.advfn.com. http://investorshub.advfn.com/boards/board.aspx?board_id=16089. Capaian 2010-09-21. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Dutch police plan to cut 'cannabusiness' in half, The Observer, Amsterdam, Mar. 19, 2005.
  • Brian Cowan (2005), The Social Life of Coffee: The Emergence of the British Coffeehouse, Yale University Press
  • Markman Ellis (2004), The Coffee House: a cultural history, Weidenfeld & Nicolson
  • Ray Oldenburg, The Great Good Place (Oldenburg): Cafes, Coffee Shops, Community Centers, General Stores, Bars, Hangouts, and How They Get You through the Day (New York: Paragon Books, 1989) ISBN 1-56924-681-5
  • Tom Standage, A History of the World in Six Glasses, Walker & Company 2006, ISBN 0802714471
  • AhmetYaşar, "The Coffeehouses in Early Modern Istanbul: Public Space, Sociability and Surveillance", MA Thesis, Boğaziçi Üniversitesi, 2003. [1]
  • Ahmet Yaşar, "Osmanlı Şehir Mekânları: Kahvehane Literatürü / Ottoman Urban Spaces: An Evaluation of Literature on Coffeehouses", TALİD Türkiye Araştırmaları Literatür Dergisi, 6, 2005, 237–256. [2]