Staf Am Angkatan Tentera Rusia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Staff Am Angkatan Tentera Persekutuan Rusia
Генеральный штаб Вооружённых сил Российской Федерации
Great emblem of the General Staff of the Russian Armed Forces.svg
Lambang Staf Am
Aktif10 Jun 1992 – kini
Negara Rusia
KesetiaanMedium emblem of the Armed Forces of the Russian Federation (27.01.1997-present).svg Angkatan Tentera
CawanganTugas aktif
JenisStaf
Sebahagian daripadaKementerian Pertahanan
Garison/HQBangunan Staf Am (Moscow) (ru), Znamenka 14/1, Moscow
Komander
Ketua Turus Am terkiniJeneral Ketumbukan Valery Gerasimov
Timbalan Pertama Ketua Turus AmJeneral Ketumbukan Nikolay Bogdanovsky

Staf Am Angkatan Tentera Persekutuan Rusia (Bahasa Rusia: Генеральный штаб Вооружённых сил Российской Федерации, Генштаб – Genshtab) ialah staf ketenteraan bagi Angkatan Tentera Rusia. Ia adalah institusi pusat Pentadbiran Angkatan Tentera dan menyelia pengurusan operasi angkatan tentera di bawah Kementerian Pertahanan Rusia.

Pada tahun 2012 Ketua Turus Am ialah Jeneral Ketumbukan Valery Gerasimov dan Timbalan Pertama Ketua Turus Am ialah Jeneral Ketumbukan Nikolai Bogdanovsky.

Staf Am terletak di Moscow di Lorong Znamenka dekat Daerah Arbat. Bersama dengan bangunan Kementerian Pertahanan dan beberapa bangunan pejabat direktorat Staf berhampiran, ia membentuk apa yang disebut sebagai "wilayah tentera Arbat" sebagaimana yang sering disebut di antara anggota tentera untuk merencana perintah markas tertinggi Angkatan Tentera Rusia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bangunan lama Staf Am di Moscow
Bangunan baru Staf Am di Moscow

Di dalam Angkatan Tentera Soviet, Staf Am Angkatan Tentera KRSS (ru) bertindak sebagai badan pemerintahan dan pengawasan utama tentera. Staf Tentera Merah (RKKA) mula-mula dibentuk pada tahun 1921 tetapi, sejarawan John Erickson berkata, sehingga tahun 1924 berkembang menjadi kumpulan yang berat sebelah dalam menangani latihan tempur, hal ehwal harian Tentera Merah, dan dasar pertahanan, semua tanpa definisi sebenar. Erickson memulakan perkembangan Staf sebagai "otak tentera" Soviet dari pelantikan Mikhail Frunze ke jawatan Ketua Staf oleh Perintah No.78 bertarikh 1 April 1924. 'Dari tarikh ini.. sejarah Staf Am Soviet – seperti yang diramal – telah bermula'.[1]

Pada 22 September 1935, pihak berkuasa menamakan semula Staf RKKA sebagai Staf Am, yang pada dasarnya menjelmakan semula Staf Am Empayar Rusia.[2] Ramai bekas-bekas pegawai Staf RKKA telah berkhidmat sebagai pegawai Staf Am dalam Empayar Rusia dan menjadi pegawai Staf Am dalam KRSS. Para pegawai Staf Am lazimnya mempunyai pengalaman tempur yang luas dan latihan akademik yang padu.

William Odom menulis:

'semasa Perang Dunia II [pihak Staf Am] menjadi organ utama Stalin bagi arahan beroperasi semua pasukan tentera. Selepas perang ia menjadi pusat paling berkuasa bagi hampir kesemua aspek perancangan tentera, operasi, dan penentuan keperluan sumber-sumber. Menteri Pertahanan hanya mempunyai staf yang terhad untuk sokongannya sendiri, menyebabkan beliau bergantung sepenuhnya pada Staf Am. … Di dalam Kementerian Pertahanan, semua isu peruntukan sumber biasanya diselesaikan oleh Ketua Turus Am sebelum pergi ke menteri, dan akhirnya, selepas berunding dengan GOSPLAN, ke Politburo.'[3]

Semasa Perang Dingin, Staf Am Soviet mengekalkan rancangan Soviet untuk menceroboh Eropah Barat, yang mana operasi berskala besar ini telah dibocorkan secara rahsia kepada Barat oleh pengintip seperti Ryszard Kukliński dan kemudiannya diterbitkan oleh penyelidik Jerman yang bekerja dengan fail-fail Tentera Rakyat Nasional,[4] dan Parallel History Project[5] dan dokumen berkaitan latihan Poland, Seven Days to the River Rhine (1979).

Sejak pembubaran Kesatuan Soviet dan terutamanya sejak tahun 2004 pihak Staf Am dan Kementerian Pertahanan Rusia telah cuba membahagikan arahan-arahan angkatan tentera sesama mereka, seringkali berlaku perbalahan sengit birokrasi. Di laporkan bahawa tugas utama Staf Am sekarang ialah jabatan perancangan strategik Kementerian Pertahanan Rusia, dan Menteri Pertahanan sendiri kini mendapat kuasa eksekutif ke atas tentera. Namun beberapa pemerhati Rusia membantahnya.[6]

Organisasi Staf Am[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ John Erickson, The Soviet High Command 1918–1941: A Military-Political History 1918–1941, St Martin's Press (Macmillan), London, 1962 (1964?), pp. 173, 203–204, 796.
  2. ^ See Philip Bayer, Evolution of the Soviet General Staff 1917–1941, New York, Garland, 1987
  3. ^ Odom, The Collapse of the Soviet Military, Yale, 1998, p. 27.
  4. ^ Odom, William E. (1998). "The Collapse of the Soviet Military". Yale. m/s. 72–80. 
  5. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada asal pada 2010-01-22. Dicapai 2009-12-12.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  6. ^ Pavel Felgenhauer, "Russia's Imperial General Staff", Perspective, Volume XVI Number 1 (October–November 2005)
  7. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u RF MOD website www.mil.ru
  8. ^ Marsh, Dr. Christopher (2017). Developments in Russian Special Operations - Russia's Spetsnaz, SOF and Special Operations Forces Command (PDF). CANSOFCOM Education & Research Centre Monograph Series. Ottawa, Ontario: Canadian Special Operations Forces Command. ISBN 9780660073538. Dicapai 22 September 2017. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Захаров М.В. Генеральный штаб в предвоенные годы. — М.: Воениздат, 1989
  • Zakharov, M.V. General Staff in the pre-war years, Moscow, Voenizdat., 1989 (chapter 6) [1]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 55°45′02″N 37°36′10″E / 55.75056°N 37.60278°E / 55.75056; 37.60278