Tentera Rakyat Nasional

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tentera Rakyat Nasional
Nationale Volksarmee (NVA)
Coat of arms of NVA (East Germany).svg Flag of NVA (East Germany).svg
Lambang dan Bendera Tentera Rakyat Nasional
Aktif 1 Mac 1956
Negara  Jerman Timur
Cawangan * Angkatan Darat
Jenis Angkatan tentera
Keanggotaan 175,300 anggota (1987)
Markas/Ibu pejabat Strausberg, Berlin Timur
Cogan kata Für den Schutz der Arbeiter-und-Bauern-Macht
(Demi keselamatan kuasa pekerja dan petani)
Dibubarkan 2 Oktober 1990
Komander
Ketua Negara Wilhelm Pieck,
Walter Ulbricht,
Willi Stoph,
Erich Honecker,
Egon Krenz,
Manfred Gerlach,
Sabine Bergmann-Pohl
Menteri Pertahanan Willi Stoph,
Heinz Hoffmann,
Heinz Kessler,
Theodor Hoffmann,
Rainer Eppelmann
Jeneral Ketumbukan Willi Stoph,
Heinz Hoffmann,
Erich Mielke,
Friedrich Dickel,
Heinz Kessler


Tentera Rakyat Nasional (TRN) (Bahasa Jerman: Nationale Volksarmee - NVA) adalah nama yang digunakan untuk angkatan tentera Republik Demokratik Jerman.

NVA telah ditubuhkan pada tahun 1956 dan dibubarkan pada tahun 1990. Ia tidak melihat apa-apa pertempuran yang penting, walaupun penyertaannya bersama Angkatan Tentera Soviet menentang kerajaan sementara Czechoslovakia semasa Kebangkitan Prague tahun 1968 telah dibatalkan pada saat terakhir dan terdapat banyak laporan yang menyatakan penasihat-penasihat Jerman Timur bekerjasama dengan komunis kerajaan Afrika semasa Perang Dingin.

Organisasi[sunting | sunting sumber]

NVA mempunyai empat cabang utama:[1]

  • Landstreitkräfte (Angkatan Darat) dengan kekuatan 108,000 anggota dalam divisyen-divisyen yang berikut:
    • 1. Motorisierte-Schützen-Division (Potsdam-Eiche)
    • 4. Motorisierte-Schützen-Division (Erfurt)
    • 6. Motorisierte-Schützen-Division (Königswartha)
    • 7. Panzerdivision (Dresden)
    • 8. Motorisierte-Schützen-Division (Schwerin)
    • 9. Panzerdivision (Eggesin)
    • 10. Motorisierte-Schützen-Division (Ronneburg)
    • 11. Motorisierte-Schützen-Division (Halle)
    • 17. Motorisierte-Schützen-Division (Petersroda)
    • 19. Motorisierte-Schützen-Division (Wulkow)
    • 20. Motorisierte-Schützen-Division (Bredenfelde)
  • Volksmarine (Tentera Laut Rakyat) dengan kekuatan 18,300 anggota.
  • Luftstreitkräfte/Luftverteidigung (Angkatan Udara/Pertahanan Udara) dengan kekuatan 58,000 anggota.
  • Grenztruppen der DDR (Pasukan Sempadan GDR), terdiri daripada 50,000 pengawal sempadan.

Pada masa perang, mobilisasi askar simpanan NVA akan menggandakan kekuatannya. Pihak berkuasa GDR juga memiliki pasukan keselamatan dalam negeri Kementerian Dalam Negeri (Kasernierte Volkspolizei atau garison Polis Rakyat) dan Kementerian bagi Keselamatan Negara (Rejimen Pengawal Felix Dzerzhinsky) bersama dengan 210,000 askar bantuan parti "Kumpulan Tempur Kelas Bekerja" (Kampfgruppen der Arbeiterklasse), yang bersedia masa waktu perang.

Pemerintahan tertinggi bagi NVA ialah Kementerian Pertahanan Negara (Ministerium für Nationale Verteidigung) yang beribupejabat di Strausberg berhampiran Berlin Timur. Pentadbiran NVA telah dibahagikan kepada markas-markas pemerintahan berikut:

  • Kommando Landstreitkräfte (KdoLaSK) berpangkalan di Geltow berdekatan Potsdam.
  • Kommando Luftstreitkräfte und Luftverteidigungskräfte (KdoLSK/LV) berpangkalan di Strausberg.
  • Kommando Volksmarine (KdoVM) berpangkalan di Rostock.
  • Kommando der Grenztruppen (KdoGT) berpangkalan di Pätz berhampiran Berlin.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Forester, Thomas M., The East German Army; Second in the Warsaw Pact, George Allen & Unwin Ltd, London, 1980
Umum

Rencana ini mengandungi bahan daripada Perpustakaan Kongres Pengajian Negara yang merupakan terbitan kerajaan Amerika Syarikat di domain awam.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Bickford Andrew. Fallen Elites: The Military Other in Post-Unification Germany (Stanford University Press; 2011); 288 pages; An ethnographic study of former East German officers.
  • Dale Roy Herspring, Requiem for an army: the demise of the East German military, Rowman & Littlefield Publishers, 1998, ISBN 0-8476-8718-X, 9780847687183, 249 pages
  • Jörg Schönbohm, Two armies and one fatherland: the end of the Nationale Volksarmee, Berghahn Books, 1996, ISBN 1-57181-069-2, ISBN 978-1-57181-069-4
  • Zilian, Jr., Frederick. 'From Confrontation to Cooperation: The Takeover of the National People's (East German) Army by the Bundeswehr,' Praeger, Westport, Conn., 1999, ISBN 0-275-96546-5. Reviewed by Dale R. Herspring in The Journal of Military History, July 2000, p. 912-914

External links[sunting | sunting sumber]