Stahlhelm

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Untuk kegunaan lain, sila lihat Stahlhelm (nyahkekaburan).
Stahlhelm Jerman dari Perang Dunia II

Stahlhelm (plural Stahlhelme) ialah bahasa Jerman bagi "helmet besi/topi besi". Tentera Darat Imperial Jerman mula menggantikan topi kulit keras Pickelhaube (helmet tempur bertombak) yang tradisional dengan topi Stahlhelm semasa Perang Dunia I pada tahun 1916. Istilah Stahlhelm merujuk kepada helmet besi, dan lebih khusus kepada reka bentuk Jerman yang tersendiri (dan ikonik).

Stahlhelm, dengan bentuk "timba arang batu" yang khusus, dikenali dengan mudah dan menjadi satu elemen umum propaganda tentera di kedua-dua belah pihak, sama seperti Pickelhaube sebelum itu. Namanya juga digunakan oleh Stahlhelm, iaitu sebuah organisasi separa tentera nasionalis yang ditubuhkan pada akhir tahun 1918.

Selepas perang, Bundeswehr Jerman terus menggunakan helmet Stahlhelm standard mereka, tetapi rekaan itu berasaskan Helmet M1 Amerika. Topi Bundesgrenzschutz (pengawal sempadan persekutuan) , namun, terus menggunakan rekaan asal Jerman, sehingga tentera mereka bertukar kepada helmet M92 Aramid yang baru.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "WWII equipment of the Bundesgrenzschutz". wwiiafterwwii.wordpress.com. 10 April 2016. Dicapai 14 May 2018. 

Rujukan[sunting | sunting sumber]