Stesen Seremban Sentral

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seremban Sentral
Hab Pembangunan berorientasikan transit dan stesen pengangkutan penumpang antara mod
LokasiSeremban, Negeri Sembilan
Malaysia
Diuruskan olehDhaya Maju LTAT Sdn Bhd
Laluan
Maklumat lain
StatusDalam pembinaan
Lokasi
Map

Stesen Seremban Sentral ialah sebuah pembangunan berorientasikan transit yang dirancang dan sedang dibina di Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. ia adalah stesen kereta api baharu yang akan digabungkan dengan Stesen Kereta Api Seremban yang sedia ada. Ia mula dibangunkan pada Januari 2024. Ia akan menghimpunkan komponen termasuk rumah mampu milik, pejabat dan hotel.

Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Projek stesen ini telah diluluskan di peringkat Kabinet Malaysia pada 17 Januari 2024, dan dilancarkan pada 19 Januari 2024, dan dijangka siap dalam tempoh 24 bulan sehingga Disember 2026.[1] Ia adalah sebahagian daripada projek di bawah Landasan Berkembar Elektrik Lembah Klang Fasa 2 (KVDT2) [2] yang diuruskan oleh Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd [3] dan menelan anggaran kos bernilai kira-kira RM170 juta.[4]

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Stesen ini akan menitikberatkan kepentingan warisan sejarah stesen asal dan akan mengintegrasikan aspek-aspek kemodenan dalam pembinaan semula stesen tersebut. Reka bentuk stesen ini mengambil inspirasi daripada reka bentuk yang unik di sekitar kawasan Negeri Sembilan iaitu konsep bumbung Minangkabau selain menitikberatkan pembangunan yang lestari mesra.[2]

Penyepaduan[sunting | sunting sumber]

Stesen ini akan memberi penekanan terhadap penyepaduan antara kawasan perumahan Residensi Seremban Sentral dan Stesen Keretapi Seremban, sama konsepnya dengan Stesen Kuala Lumpur Sentral, namun berskala lebih kecil. Laluan pejalan kaki dari kawasan perumahan ke stesen ini akan dibina, manakala laluan pejalan kaki laluan pejalan kaki sedia ada dari stesen kreta api lama ke stesen bas Terminal 1 akan dinaik taraf.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ ISA, BADRUL HAFIZAN MAT (2024-01-19). "Projek stesen kereta api Seremban Sentral dilancar selepas dua hari diluluskan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2024-01-22.
  2. ^ a b ASSAN, NORAFIDAH (2024-01-19). "Sembilan stesen KTMB dinaik taraf, satu bina baharu". Sinar Harian. Dicapai pada 2024-01-22.
  3. ^ "Projek Landasan Berkembar Elektrik Lembah Klang Fasa 2 diteruskan Dhaya Maju LTAT". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-01-22.
  4. ^ HAMZAH, NOR AINNA (2024-01-19). "Stesen baharu kereta api Seremban Sentral bernilai RM170 juta". Kosmo Digital. Dicapai pada 2024-01-22.
  5. ^ Amran, Hussaini (2023-06-13). "Seremban Sentral bakal jadi hab pengangkutan awam bersepadu NS - Anthony". MalaysiaGazette (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-22.