Kabinet Malaysia
Malaysia |
![]() Rencana ini sebahagian daripada siri: |
|
Kerajaan
Eksekutif
Perundangan
Badan Kehakiman
Pilihan raya
Hubungan luar
Bahagian-bahagian
|
Negara-negara lain · Atlas Portal Politik |
Kabinet Malaysia atau Jemaah Menteri (Tulisan Jawi: جماعه منتري) ialah sebuah badan eksekutif kerajaan Malaysia. Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri dan merupakan sebuah majlis menteri-menteri yang bertanggungjawab kepada Parlimen. Seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, anggota Kabinet hanya boleh dipilih daripada mana-mana Majlis Parlimen iaitu Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara. Kebiasaannya, Yang di-Pertuan Agong melantik semua menteri atas nasihat Perdana Menteri. Namun begitu, seorang Perdana Menteri hendaklah dilantik terlebih dahulu dari Dewan Rakyat.[1][2]
Anggota Kabinet sering dilantik daripada majlis terendah bagi Parlimen, Dewan Rakyat Malaysia. Walaupun Timbalan Menteri dan/atau Setiausaha Parlimen dilantik mengikut setiap portfolio, tetapi mereka tidak termasuk dalam Kabinet. Kabinet seringkali bermesyuarat secara mingguan, setiap Rabu.[3]
Barisan kabinet, dan jumlah portfolionya bergantung besar terhadap kehendak Perdana Menteri.
Gaji pokok seorang menteri kabinet ialah RM14,907.20 manakala timbalannya mendapat RM10,847.65 sebulan.[4]
Isi kandungan
Kabinet Malaysia terkini
Berikut merupakan senarai Kabinet Menteri atau Jemaah Menteri baharu Pakatan Harapan yang telah mengangkat sumpah jawatan pada 21 Mei 2018 dan pada 2 Julai 2018 di hadapan KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.[5]
Menteri
Dikemaskini pada 18 November 2019.[6]
PKR (7)
DAP (6)
BERSATU (6)
AMANAH (5)
WARISAN (3)
Parti Kemajuan Malaysia (1)
Komposisi :
Islam (17/28)
Bukan Islam (11/28)
Timbalan Menteri
Dikemaskini pada 18 November 2019
PKR (7)
DAP (7)
BERSATU (5)
AMANAH (5)
WARISAN (2)
Komposisi :
Islam (17/26)
Bukan Islam (8/26)
Lihat juga
- Kabinet Malaysia 2018
- Kabinet Malaysia 2015
- Kabinet Malaysia 2013
- Kabinet Malaysia 2009
- Kabinet Malaysia 2008
- Kabinet Malaysia 2006
- Kabinet Malaysia 2004
- Kabinet Malaysia 2003
- Kabinet Malaysia 1999
- Kabinet Malaysia 1995
- Kabinet Malaysia 1990
- Kabinet Malaysia 1986
- Kabinet Malaysia 1982
- Kabinet Malaysia 1981
Rujukan
- ^ Hj. Mohd Jali, Nazaruddin, Redzuan, Ma'arof, Abu Samah, Asnarulkhadi & Hj. Mohd Rashid, Ismail (2003). Malaysian Studies: Nationhood and Citizenship (Kajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan), m.s. 73. Pearson Malaysia. ISBN 983-2473-91-8.
- ^ Perlembagaan Persekutuan Malaysia. "Perkara 43. Jemaah Menteri.".
- ^ Funston, John (2001). "Malaysia: Developmental State Challenged". In John Funston (Ed.), Government and Politics in Southeast Asia, pp. 173–175. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.
- ^ "MPs can earn up to RM10,000 per month". The Star Online. 20 Mei 2013. Dicapai 20 Mei 2013.
- ^ Wan Azizah ketuai angkat sumpah menteri Kabinet
- ^ Senarai Kabinet 2018
- ^ https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/07/16/new-political-party-formed-to-address-interests-of-indian-community/ Sebuah parti baharu didaftarkan untuk komuniti masyarakat India
Pautan luar
Rencana ini rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.