Steven Yeun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Steven Yeun
Yeun smiling behind a microphone
Yeun dalam acara Comic-Con, San Diego pada tahun 2015
Kelahiran
Yeun Sang-Yeop

(1983-12-21) 21 Disember 1983 (umur 40)
Seoul, Korea Selatan
KerakyatanAmerika Syarikat
Pusat pendidikanKolej Kalamazoo (S.M/BA)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2004–sehingga kini
PasanganJoana Pak (k. 2016)
Anak-anak2
Nama Korea
Hangul연상엽
Perumian SemakanYeon Sang-yeop
McCune–ReischauerYŏn Sangyŏp

Yeun Sang-Yeop[1] (Korea: 연상엽; lahir 21 Disember 1983), dikenali secara profesional sebagai Steven Yeun (/jʌn/), ialah seorang pelakon Amerika Syarikat. Yeun mula mendapatkan pencapain besar dalam kerjayanya semasa berperan sebagai Glenn Rhee. Glenn ialah salah satu daripada 10 watak utama dan penyokong paling digemari dari siri televisyen The Walking Dead (2010–2016). Beliau berperan sebagai Glenn dalam siri itu sampai salah satu episod di musim ke-7 yang bertajuk "The Day Will Come When You Won't Be".

Pada peran di filem selepasnya, beliau mendapat pujian untuk kualiti lakonannya semasa berperan di siri debaran Burning (2018) dan drama bertajuk Minari (2020). Yeun masuk ke dalam senarai pencalonan untuk Anugerah Akademi untuk Pelakon Terbaik. Beliau ialah orang Asia Amerika pertama yang berjaya tampil di atas pentas acara itu.[2] Majalah Time menamakannya sebagai salah satu daripada 100 orang paling berpengaruh di dunia pada tahun 2021.[3] Pada 2023, dia membintangi siri komedi gelap bertajuk Beef (2023), yang mana dia berjaya mendapatkan dua Anugerah Emmy Primetime dan sebuah Anugerah Golden Globe.

Yeun pernah berlakon dalam filem Okja (2017), Sorry to Bother You (2018), The Humans (2021) dan Nope (2022). Beliau telah menjadi pelakon suara berbahasa inggeris dari siri televisyen terkenal seperti Voltron: Legendary Defender (2016–2018), Stretch Armstrong and the Flex Fighters (2017–2018), Final Space (2018–2021) dan Tuca & Bertie (2019–2022).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Steven Yeun Replies to Fans on the Internet | Actually Me | GQ (Video). 8 March 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada August 24, 2023. Dicapai pada August 24, 2023.
  2. ^ Sharf, Zack (March 15, 2021). "Steven Yeun Just Became the First Asian-American Best Actor Nominee in Oscars History". IndieWire (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada April 9, 2021. Dicapai pada March 15, 2021.
  3. ^ "Steven Yeun". Time. September 15, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada October 13, 2023. Dicapai pada April 27, 2023.