Stilus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Batang-batang stilus zaman Rom

Stilus (serapan Bahasa Latin: stilus,[1] Bahasa Inggeris: stylus[2]) adalah sejenis alat berupa jarum panjang digunakan untuk menandakan garisan pada permukaan tertentu untuk tujuan penulisan mahupun untuk menghasilkan corak pada barangan seni seperti tembikar.

Kegunaan alat ini dilanjutkan sebagai aksesori penunjuk tepat memasukkan masukan komputer khususnya yang mempunyai ciri layar sentuh.

Gambaran umum[sunting | sunting sumber]

Papan lilin dan stilus

Alat ini pertama kali digunakan oleh masyarakat tamadun Mesopotamia kuno, ia dihasilkan daripada rumput lalang berhujung trapezoid yang sedikit melengkung[3][4][5] untuk menulis huruf mirip paku yang membutirkan bahasa mereka. Tamadun-tamadun dunia kemudian seperti Mesir Purba dan Minos meniru teknologi ini menerapkan bahan setempat sedia ada seperti tulang dan logam serta menambahbaik mengikut ciri diingini.

Perkenalan papan tulis pada Zaman Pertengahan mengurangkan kelaziman alat ini sehingga penghasilan kertas pada jumlah yang banyak dan berkos murah pada abad ke-14 menjadikan papan ini suatu teknologi yang melewah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Oxford Latin Dictionary, s.v. "stilus" (2012).
  2. ^ "Stylus - Define Stylus at Dictionary.com". Dictionary.com.
  3. ^ Cammarosano, Michele (2014). "The Cuneiform Stylus". Mesopotamia (dalam bahasa Inggeris). XLIX: 53–90 – melalui https://osf.io/dfng4/.
  4. ^ Bramanti, Armando (2015). "The Cuneiform Stylus. Some Addenda". Cuneiform Digital Library Notes. 2015 (12).
  5. ^ Cammarosano, Michele. "Cuneiform Writing Techniques". cuneiform.neocities.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-07-18.