Sukan Masters Asia Pasifik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sukan Masters Asia Pasifik ialah acara pelbagai sukan serantau yang melibatkan peserta dari rantau Asia-Pasifik. Ditadbir oleh Persatuan Sukan Masters Antarabangsa (IMGA), Sukan Masters Asia Pasifik terbuka kepada peserta dari semua kebolehan dan kebanyakan peringkat umur - kriteria umur minimum berjulat antara 25 dan 35 tahun bergantung pada sukan itu.[1] Participants compete for themselves, instead of their countries.[2] Peserta bersaing untuk diri mereka sendiri, bukannya negara mereka. Tiada syarat kelayakan pertandingan selain daripada syarat umur dan keahlian dalam badan induk sukan itu.[3]

Negeri Pulau Pinang, Malaysia menjadi tuan rumah edisi pertama acara itu antara 8 dan 15 September 2018.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Proses bidaan telah diadakan di Nice, Perancis pada 2015 untuk memilih bandar raya tuan rumah bagi dua edisi pertama Sukan Masters Asia Pasifik.[2] Negeri Pulau Pinang, Malaysia telah dipilih menjadi tuan rumah edisi sulung pada September 2018.[2][4]

Edisi Tahun Bandar tuan rumah Negara Sukan Peserta Tarikh Moto Catatan
1 2018 Pulau Pinang  Malaysia 22 5,564 8 – 15 September Melangkaui Sukan [5]
2 2023 Jeonbuk  Korea Selatan 26 13,000 12 – 20 Mei Nikmati Sukan, Main Kehidupan [1]

Ralat Lua pada baris 27 di Modul:Location_map/multi: Unable to find the specified location map definition: "Module:Location map/data/AFC" does not exist.

Acara sukan[sunting | sunting sumber]

  • Memanah
  • Olahraga
  • Badminton
  • Bola keranjang
  • Lumba basikal
  • Bola sepak
  • Golf
  • Hoki
  • Tarian singa
  • Bola jaring
  • pencak silat
  • Menembak
  • Softball
  • Skuasy
  • Berenang
  • Pingpong
  • Taekwondo
  • Tenis
  • Tenpin boling
  • bola tampar
  • Angkat berat
  • Wushu

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "SPORT LIST". APMG 2018 (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-15. Dicapai pada 2018-05-05.
  2. ^ a b c "Penang to host region's first ever World Masters Games". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 2016-12-01. Dicapai pada 2018-05-05.
  3. ^ a b "myPenang". mypenang.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-15. Dicapai pada 2018-05-05.
  4. ^ "Penang will host 2018 first Asia Pacific Masters Games | Malay Mail". www.malaymail.com. Dicapai pada 2018-05-05.
  5. ^ "HOME". APMG 2018 (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-30. Dicapai pada 2018-05-05.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]