Sumatera Thawalib

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Sumatera Thawalib adalah salah satu daripada pertubuhan dan sekolah Islam yang terawal di Indonesia, berpangkalan di Sumatera Barat. Istilah "Sumatera Thawalib" yang secara harfiahnya bermaksud 'Pelajar Sumatera' ini ditubuhkan pada 15 Januari 1919, hasil daripada pertemuan antara para pelajar Padang Panjang dan Parabek. Matlamat pertubuhan ini adalah untuk mendalami pengetahuan Islam dalam kalangan pelajar Muslim.

Pertubuhan ini ini mewakili sekolah Islam moden di Indonesia, satu pemikiran yang mempunyai tujuan untuk pembaharuan Islam melalui penekanan terhadap ilmu al-Quran dan hadis, pendidikan saintifik moden dan menghapuskan pendidikan bukan ortodoks, yang diilhamkan oleh pemodenan Islam oleh Muhammad Abduh.[1] Pertubuhan tersebut juga telah memberi sumbangan yang ketara kepada perkembangan Islam di Sumatera Barat pada awal kurun ke-20.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Menchik (2017), m/s. 4.
  2. ^ Daya, Burhaduddin (1990), Gerakan Penbaharuan Pemikiran Islam Kasus Sumatera Thawalib, Yogyakarta: Tiara Wacana, m/s. 92 

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Menchik, Jeremy (2017), Islam and Democracy in Indonesia: Tolerance without Liberalism, Cambridge Studies in Social Theory, Religion and Politics 
  • Naim, Mochtar (1990), Madrasah Sumatera Thawalib Parabek, Bukittinggi, Padang: Laporan Penelitian Madrasah Bersama Tim Penelitian IAIN Imam Bonjol 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]