Sungai Brosna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Sungai Brosna
Ciri-ciri fizikal
MuaraShannon di Pelabuhan Shannon

Sungai Brosna (Bahasa Ireland: An Bhrosnach; Bahasa Inggeris: River Brosna) ialah sebatang sungai di dalam Lembangan Sungai Shannon di Ireland, mengalir melalui Kaunti Westmeath dan Kaunti Offaly.

Sungai ini berpunca di Lough Owel di utara Mullingar[1] dan merupakan anak sungai kepada Sungai Shannon. Sungai ini menemui Shannon di Pelabuhan Shannon.

Sungai Brosna adalah sepanjang 49.25 bt (79.26 km).[2]

Laluan[sunting | sunting sumber]

Sungai Brosna bermula sebagai anak sungai, mengalir dari Lough Owel ke arah selatan-selatan-barat melalui Mullingar, ke Lough Ennell. Dari Lough Ennell, Sungai Brosna mengalir ke Kilbeggan, tempat sungai ini memberikan kuasa kepada kilang di Kilbeggan Distillery. Sungai Brosna terus mengalir ke barat daya melalui Clara. Di timur Ferbane, sungai ini bercantum dengan Silver River. Dari Ferbane, Sungai Brosna menuju ke Pelabuhan Shannon, di utara Banagher, tempat sungai ini menemui Shannon.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.askaboutireland.ie/show_narrative_page.do?page_id=3907 Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine.
  2. ^ Ordnance Survey of Ireland: Rivers and their Catchment Basins 1958 (Table of Reference)

Templat:Sungai Shannon Templat:Sungai di Ireland

Koordinat: 53°13′N 7°58′W / 53.217°N 7.967°W / 53.217; -7.967