Sunrise (album DAY6)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sunrise
Album studio oleh
Dilancarkan pada7 Jun 2017
(lihat sejarah pelancaran)
Dirakamkan pada2017
TempatKorea Selatan Edit the value on Wikidata
GenrePop rock, hip hop, elektronik
Panjang50:50
BahasaKorea
Syarikat
PenerbitJ. Y. Park "The Asiansoul"
Ulasan profesional
Kronologi album DAY6
Daydream
(2016)
Sunrise
(2017)
Moonrise
(2017)
Single daripada Sunrise
  1. "아 왜 (I Wait)"
    Dikeluarkan: 6 Januari 2017
  2. "Cantik"
    Dikeluarkan: 6 Februari 2017
  3. "Beritahuku Mengapa"
    Dikeluarkan: 6 Mac 2017
  4. "Ia Bukan Jenaka"
    Dikeluarkan: 6 April 2017
  5. "DANCE DANCE"
    Dikeluarkan: 8 Mei 2017
  6. "Sentiasa Ketawa"
    Dikeluarkan: 7 Jun 2017
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sunrise (digayakan sebagai SUNRISE) ialah album studio pertama oleh kugiran dari Korea Selatan, DAY6. Ia dilancarkan pada 7 Jun 2017 oleh JYP Entertainment dan diedarkan oleh Genie Music. Album ini mengandungi 14 buah lagu; sebahagian besar daripadanya pernah dilancarkan melalui projek single bulanan yang dikenali sebagai "Every DAY6" dari bulan Januari hingga Mei. Lagu "Sentiasa Ketawa" (반드시 웃는다) dipilih sebagai runut utama untuk album ini.

Pada hari kedua pelancaran, Sunrise berjaya menduduki tangga pertama dalam carta iTunes di beberapa negara seperti Malaysia, Brunei dan Sweden.[6][7] Album penuh ini juga berjaya menduduki tangga keenam dalam Carta Dunia Billboard.[8]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Mei 2017, Park Jin-young (JYP) melalui laman Instagram beliau mengumumkan bahawa DAY6 akan melancarkan album penuh pertama mereka pada bulan Jun nanti.[9] Selepas beberapa minggu pengumuman itu dibuat, gambar acah ahli kumpulan DAY6 Sungjin, Jae dan Young K didedahkan di laman sosial mereka pada 30 Mei 2017,[10] diikuti pula dengan gambar acah ahli-ahli yang lain dan senarai runut lagu di dalam album.[11] Nama album dan tarikh pelancaran juga dinyatakan di dalam gambar-gambar tersebut.[10] Setelah itu, video-video acah setiap ahli didedahkan di saluran YouTube dan Naver TV JYP Entertainment, di mana runut utama album, "Sentiasa Ketawa" (반드시 웃는다) turut didedahkan bersama.[12] Di saluran yang sama itu juga, video acah runut utama dilancarkan pada 5 Jun 2017 sebelum video yang menampilkan sorotan pendek setiap lagu di dalam album Sunrise didedahkan keesokan harinya. Pada 7 Jun 2017, video muzik penuh "Sentiasa Ketawa" dilancarkan, bersama-sama dengan penjualan secara dalam talian dan versi fizikal album Sunrise.

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Sebelum album Sunrise dilancarkan, kugiran DAY6 pernah melancarkan projek di mana mereka akan melancarkan satu single yang terdiri dua buah lagu pada setiap bulan.[13] Setiap single itu dipanggil sebagai "Every DAY6", yang mula dikeluarkan pada Januari hingga Mei 2017. Oleh sebab itu, sebahagian besar lagu di dalam album studio Sunrise ini terdiri daripada runut-runut yang pernah dilancarkan melalui projek single bulanan itu.

Untuk album ini juga, dua buah lagu daripada album-album sebelum ini juga dimasukkan. Lagu "Lepaskan, Lepaskan, Lepaskan" pernah dilancarkan pada 30 Mac 2016 melalui album mini kedua Daydream; lagu tersebut telah diubah dari segi seni kata dan komposisi, yang kemudiannya dikenali sebagai "Lepaskan, Lepaskan, Lepaskan (versi but semula)".[11] Lagu "Congratulations" (Tahniah) pernah dikeluarkan melalui album mini pertama DAY6, The Day pada 7 September 2015. Penggubahan dan pembahagian nyanyian untuk album terbaru ini juga diubah dan ia kini dikenali sebagai "Congratulations (Versi akhir)".[11][14]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

※ Lagu yang digelapkan merupakan runut utama bagi album itu.

No.TajukSeni kataGubahanSusunanMasa
1."오늘은 내게" ("Hari Ini Untukku") Young K, Wonpil, SungjinHong Ji-sang, Lee Woo-min 'Collapsedone', Swanthewhitepig, Young K, Wonpil, Jae, SungjinHong Ji-sang, Lee Woo-min 'Collapsedone', Swanthewhitepig03:29
2."반드시 웃는다" ("Sentiasa Ketawa") Young K, WonpilHong Ji-sang, Lee Woo-min 'Collapsedone', Sungjin, Young K, WonpilHong Ji-sang, Lee Woo-min 'Collapsedone'03:47
3."Man In A Movie" ("Lelaki di dalam Filem") Young KHong Ji-sang, Sungjin, Young K, WonpilHong Ji-sang03:46
4."아 왜 (I Wait)" ("Kenapa (Aku Tunggu)") Young KHong Ji-sang, Lee Woo-min, Jae, Young K, WonpilHong Ji-sang, Lee Woo-min03:38
5."어떻게 말해" ("Beritahuku Mengapa") Young K, WonpilHong Ji-sang, Lee Woo-min 'Collapsedone', Jae, Young K, Wonpil, SungjinHong Ji-sang, Lee Woo-min 'Collapsedone'03:21
6."놓아 놓아 놓아" (versi but semula)
("Lepaskan, Lepaskan, Lepaskan")
Young K, WonpilHong Ji-sang, Lee Woo-min, Young K, WonpilHong Ji-sang, Lee Woo-min04:11
7."그럴 텐데" ("Aku Akan") Young KHong Ji-sang, Lee Woo-min 'Collapsedone', Jae, Young K, WonpilHong Ji-sang03:43
8."겨울이 간다" ("Musim Sejuk Pergi") Sungjin, Jae, Young K, YUE, Cha Il-hoonSungjin, Jae, Young K, YUE, Cha Il-hoonYUE, Cha Il-hoon, Yoon Eun-suk03:07
9."장난 아닌데" ("Ia Bukan Jenaka") Young K, Sungjin, WonpilHong Ji-sang, Lee Woo-min 'Collapsedone', Wonpil, SungjinHong Ji-sang, Lee Woo-min 'Collapsedone'03:14
10."Say Wow" ("Katakan Wau") Young KHong Ji-sang, Wonpil, Young KHong Ji-sang03:09
11."DANCE DANCE" ("Menari Menari") Young KHong Ji-sang, Lee Woo-min 'Collapsedone', Jae, Sungjin, Young K, Wonpil, DowoonHong Ji-sang, Lee Woo-min 'Collapsedone'03:43
12."My Day" ("Hariku") Young KMr. Cho, Joo-hyo, Young K, WonpilMr. Cho, Joo-hyo, Young K, Wonpil, Dowoon03:00
13."예뻤어" ("Cantik") Young KHong Ji-Sang, Lee Woo-min, Wonpil, Young KHong Ji-Sang, Lee Woo-min04:43
14."Congratulations" (Versi akhir) ("Tahniah") Jae, Sungjin, Young K, Wonpil, Dowoon, JunhyukHong Ji-sang, Lee Woo-min, Jae, Sungjin, Young K, Wonpil, Dowoon, JunhyukHong Ji-sang, Lee Woo-min03:47
Jumlah masa: 50:50



Carta[sunting | sunting sumber]

Carta album[sunting | sunting sumber]

Negara Carta Ked. tertinggi Rujukan
 Korea Selatan Gaon Carta mingguan 4 [16]
Carta bulanan 8 [17]
 Amerika Syarikat Billboard Carta album dunia 6 [18]

Sejarah pelancaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Syarikat/Pengedar Rujukan
 Korea Selatan 7 Jun 2017 Muat turun digital, penstriman Genie Music [2]
Jualan album di seluruh dunia Seluruh dunia [19]
 Korea Selatan CD [20]
Jualan album di seluruh dunia Seluruh dunia 9 Jun 2017 [21]
 Taiwan 7 Julai 2017 JYP Entertainment
Universal Music Taiwan
[15][22]
 Thailand 13 Ogos 2017 CD (edisi khas) BEC Tero Music [23]
16 Ogos 2017 CD [24]
18 Ogos 2017 CD (edisi runcit) [23]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ eric_r_wirsing (10 Jun 2017). "[MV & Album Review] DAY6 -- 'Sunrise'" (dalam bahasa Inggeris). allkpop. Dicapai pada 6 Disember 2017 – melalui allkpop.com.
  2. ^ a b "앨범 정보 > SUNRISE" (dalam bahasa Korea). Melon. Dicapai pada 6 Disember 2017 – melalui melon.com.
  3. ^ "[MNET] SUNRISE - DAY6" (dalam bahasa Korea). Mnet. Dicapai pada 6 Disember 2017 – melalui mnet.com.
  4. ^ "SUNRISE : 네이버 뮤직" (dalam bahasa Korea). Naver Music. Dicapai pada 6 Disember 2017 – melalui music.naver.com.
  5. ^ "SUNRISE" (dalam bahasa Korea). Olleh Music. Dicapai pada 6 Disember 2017 – melalui ollehmusic.com.
  6. ^ Lee Ji-suk (8 Jun 2017). "데이식스, '해외 뜨겁다' 해외 3개 도시 투어+아이튠즈 9개국 1위!" (dalam bahasa Korea). Sports Seoul. Dicapai pada 6 Disember 2017 – melalui naver.com.
  7. ^ C. Oh (7 Jun 2017). "DAY6 Tops International iTunes Charts And Announces 2017 Tour Dates Overseas" (dalam bahasa Inggeris). Soompi. Dicapai pada 6 Disember 2017 – melalui soompi.com.
  8. ^ "Day6 Sunrise Chart History" (dalam bahasa Inggeris). Billboard. Dicapai pada 6 Disember 2017 – melalui billboard.com.
  9. ^ jennywill (8 Mei 2017). "J.Y. Park reveals DAY6 will be releasing a full album next month" (dalam bahasa Inggeris). allkpop. Dicapai pada 6 Disember 2017 – melalui allkpop.com.
  10. ^ a b Lee Nam-gyung (30 Mei 2017). "DAY6, 첫 정규 'SUNRISE' 발매..티저 이미지 속 남성미 '물씬'" (dalam bahasa Korea). Break News. Dicapai pada 6 Disember 2017 – melalui breaknews.com.
  11. ^ a b c Lee Ha-na (31 Mei 2017). "DAY6, 첫 정규앨범 'SUNRISE' 트랙리스트 공개…타이틀곡 '반드시 웃는다'" (dalam bahasa Korea). Seoul Economy. Dicapai pada 7 Disember 2017 – melalui sedaily.com.
  12. ^ K. Do (29 Mei 2017). "Update: DAY6 Teases Upcoming Title Track "I Smile" With New Teasers" (dalam bahasa Inggeris). Soompi. Dicapai pada 6 Disember 2017 – melalui soompi.com.
  13. ^ "Day6 to Release New Single Every Month in 2017" (dalam bahasa Inggeris). moonROK. 28 Disember 2016. Dicapai pada 7 Disember 2017 – melalui moonrok.com.
  14. ^ Lee Gyung-ho (31 Mei 2017). "DAY6, 첫 정규앨범 타이틀곡 '반드시 웃는다'" (dalam bahasa Korea). Star News. Dicapai pada 7 Disember 2017 – melalui star.mt.co.kr.
  15. ^ a b "第一張專輯「SUNRISE」(台灣特別盤)" (dalam bahasa Cina). 5 Musics. 7 Julai 2017. Dicapai pada 7 Disember 2017 – melalui 5music.com.tw.
  16. ^ "2017년 23주차 Album Chart" (dalam bahasa Korea). Persatuan Industri Kandungan Muzik Korea. Dicapai pada 7 Disember 2017 – melalui gaonchart.co.kr.
  17. ^ "2017년 06월 Album Chart" (dalam bahasa Korea). Persatuan Industri Kandungan Muzik Korea. Dicapai pada 7 Disember 2017 – melalui gaonchart.co.kr.
  18. ^ "World Albums" (dalam bahasa Inggeris). Billboard. 24 Jun 2017. Dicapai pada 7 Disember 2017 – melalui billboard.com.
  19. ^ "SUNRISE". iTunes/Apple Music. 7 Jun 2017. Dicapai pada 7 Disember 2017 – melalui itunes.apple.com.
  20. ^ "음반정보: 데이식스(Day6) 1집 – Sunrise" (dalam bahasa Korea). Sistem Maklumat Hanteo. Dicapai pada 7 Disember 2017 – melalui hanteo.com.
  21. ^ "DAY6 Vol. 1 - SUNRISE" (dalam bahasa Inggeris). YESASIA. 9 Jun 2017. Dicapai pada 7 Disember 2017.
  22. ^ "Day6 / SUNRISE 台灣特別盤 (CD)" (dalam bahasa Cina). Books.com.tw. 7 Julai 2017. Dicapai pada 7 Disember 2017 – melalui books.com.tw.
  23. ^ a b "BEC-TERO MUSIC" (dalam bahasa Thai). BEC Tero Music melalui Facebook. 7 Ogos 2017. Dicapai pada 7 Disember 2017 – melalui facebook.com.
  24. ^ "DAY6 - Sunrise (Thailand Version)" (dalam bahasa Inggeris). YESASIA. 16 Ogos 2017. Dicapai pada 7 Disember 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]