Syarikat Perkapalan Diraja Patani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Syarikat Perkapalan Diraja Patani (Jawi: شريکت ڤرکاڤلن دراج فتاني) ialah sebuah syarikat perkapalan yang ditubuhkan oleh Ratu Kuning (pemerintahan 1635–1688) dari Kerajaan Pattani pada abad ke-17.[1][2] Syarikat ini ditubuhkan bertujuan untuk mengendalikan barangan yang didagang keluar dari Pattani[3][4] dan melawan monopoli syarikat Eropah lain seperti Syarikat Hindia Timur Belanda (V.O.C) milik Belanda dan Syarikat Hindia Timur Inggeris (S.H.T.I.) milik British. Barangan keluaran Patani yang diperdagangkan di peringkat antarabangsa diketuai oleh seorang Nakhoda Kapal yang diberi gelaran Saudagar Raja. Kapal perdagangan tersebut dihantar berdagang di merata kawasan sambil bersaing dengan pedagang persendirian.[5]

Penubuhan syarikat perkapalan ini menjadikan Ratu Kuning sebagai raja Pattani terkaya. Harta kekayaan yang diperoleh baginda diwartakan sebagai harta negeri dan bukannya harta peribadi baginda. Hal ini telah membawa kemakmuran ke negeri tersebut sehinggalah penaklukan oleh Siam pada tahun 1786.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Isma Ae Mohamad 2015, m/s. 264-265.
  2. ^ Mohamed Nazreen Shahul Hamid 2015, m/s. 333.
  3. ^ Mohd. Zamberi A. Malek 2006, m/s. 125.
  4. ^ Nor Hashimah Jalaluddin 2015, m/s. 313.
  5. ^ a b Mohamed Nazreen Shahul Hamid (2015). "Keagungan Empayar Maritim Melayu Nusantara daripada Sejarah Kepada Kisah Fiksyen". Tunas Cipta. No. 4. Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 9. Dicapai pada 11 Jun 2020.

Sumber[sunting | sunting sumber]