Syarikat SESCO Berhad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Syarikat SESCO Berhad, dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak (SESCO) telah diswastakan pada 1 Julai 2005. SESCO bertanggungjawab dalam penjanaan, penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik di negeri Sarawak, Malaysia. dan membekalkan elektrik kepada lebihkurang 382,000 pelanggan. Semenjak 2002, jualan elektrik meningkat pada kadar 8% setahun.

SESCO dimiliki oleh Kerajaan Negeri Sarawak (51.6%) dan Sarawak Enterprise Corporation Berhad (45%). Aset syarikat dinilai sekitar RM 4 billion. SESCO mempunyai 2000 pekerja.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1921, sebuah Seksyen Elektrik telah diwujudkan di dalam Jabatan Kerja Raya untuk memantau pembekalan tenaga elektrik kepada rakyat umum di Sarawak. Pada tahun 1932, Sarawak Electricity Supply Company Limited telah dibentuk dan dilesenkan untuk mengoperasi pembekalan tenaga elektrik ke seluruh Sarawak dengan hak penjanaan yang eksklusif.

Kerajaan Negeri Sarawak memegang sebanyak 51% daripada saham manakala United Engineers Limited of Singapore sebanyak 49%. Pada 29 Ogos 1952, Majlis Negeri meminda Ordinan Pembekalan Elektrik (1952) Perkara 17, untuk memberikan Kerajaan Sarawak kuasa penuh untuk mengawal penjanaan, pemindahan dan penggunaan elektrik, termasuk pengawalan harga yang dikenakan.

Papan suis utama di dalam Stesen Penjanakuasa Kuching di Power Street, 1955. Kerajaan Sarawak telah membeli kesemua saham yang dipegang oleh United Engineers Limited dan menjadi pemilik Sarawak Electricity Supply Company Limited sepenuhnya pada bulan September, 1953.

Sejak tahun 1953, Sarawak Electricity Supply Company Limited beroperasi di bawah polisi yang digariskan oleh Kerajaan iaitu:

  • menggerakkan Syarikat sebagai perusahaan utiliti awam;
  • membangunkan kesemua pemasangan yang sedia ada kepada tahap yang efisyen untuk membolehkan ia memenuhi keperluan populasi dan industri; dan
  • memulakan perusahaan baru, yang mengikut pendapat Pengarah, adalah ekonomikal.

Ibu Pejabat SESCO, Electra House, dibuka pada 1965. Di bawah Ordinan Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak, 1962, Sarawak Electricity Co. Ltd. telah dibubarkan dan Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak seterusnya ditubuhkan pada 1 Januari, 1963.

Pada tahun 1992, Ordinan Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak, 1962 telah dipinda untuk membenarkan pihak lain selain daripada Kerajaan untuk memiliki saham di dalam perbadanan tersebut.

Pada 31 Januari 1996, Sarawak Enterprise Corporation Bhd. (yang pernah dikenali sebagai Dunlop Estate Bhd.), telah membeli sebanyak 45% saham Perbadanan daripada Kerajaan Negeri Sarawak.

Pada 1hb Julai 2005, Perbadanan Pembekalan Elektrik Sarawak telah diswastakan sepenuhnya dan dinamakan Syarikat SESCO Berhad.

Keupayaan penjanaan[sunting | sunting sumber]

SESCO mempunyai 36 stesen janaelektrik dengan jumlah upaya jana sebanyak 750 MW. Pecahan bahanapi keupayaan jana adalah 64% dari loji gas turbin, 18% dari loji bakar dan 18% dari loji hidro. Grid elektrik negeri Sarawak menghubungkan bandar utama melalui jaringan talian penghantar 275 kV dan 132 kV.

Jenis loji boleh dibahagikan kepada dua jenis, logi hidro dan loji bakar.

Loji hidro[sunting | sunting sumber]

Terdapat hanya satu loji hidro diSarawak, dengan empangan berkeupayaan 100 MW dalam operasi:

Skim hidroelektrik Batang Ai, dengan keupayaan 100 MW:


Loji Bakar[sunting | sunting sumber]

Terdapat 35 logi bakar dengan keupayaan jana sebanyak 650 MW dalam operasi. Diantara loji utama adalah:

  • Loji Kuching, Kuching – xx MW
  • Loji Miri – xx MW
  • Loji Bintulu – xx MW
  • Loji Sejingkat – 2 x 55 MW, bahanapi arang batu (fasa 2)

Satu aspek operasi SESCO adalah menggunakan banyak loji diesel-elektrik untuk kawasan pedalaman, dimana diesel dihantar melalui udara dengan kos yang mahal.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]