Syarul Reza

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Syarul Reza Abdul Aziz ialah seorang penyanyi dan penulis lagu Malaysia. Beliau terkenal sebagai vokalis kumpulan Love Me Butch dan Lab The Rat. Bersama Love Me Butch, yang ditubuhkan pada 1997, beliau menerbitkan tiga album studio serta menerbitkan satu album studio bersama Lab The Rat.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Beliau bersama gitaris Wing Meng dan pemain bes, Kevin Kong dan pemain dram Winder Singh (digantikan oleh Jana Nair pada 2008) menubuhkan Love Me Butch pada 1997. Kumpulan ini melancarkan album pertama mereka, Enter Posthuman pada 2001. Album ini melayakkan mereka menerima dua pencalonan dan memenangi satu pencalonan di Anugerah Industri Muzik ke-9 pada 2002. Syarul menerbitkan dua lagi album bersama Love Me Butch, This Is The New Pop (2005) dan Worldwide Transgression (2011). Syarul meninggalkan Love Me Butch selepas persembahan terakhir mereka pada September 2015 dan berpindah ke Melbourne, Australia serta menetap di sana.[1]

Syarul menubuhkan kumpulan Lab The Rat pada 2004 bersama adik-beradiknya, Syaril Zizi (abang) dan Syaiful Nazri (adik) dan Azwan Hadi dan turut dianggotai oleh Nik Azwaa dan tunang Syarul ketika itu, Raja Shahirah Aishah Raja Kamarul Bahrin Shah. Kumpulan ini menerbitkan album studio pertama mereka Love The Mission pada 2013 terbitan Laguna Music.[2]

Beliau berkahwin dengan anak perempuan ahli politik dan arkitek Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, Raja Shahirah Aishah Raja Kamarul Bahrin Shah pada 7 Mac 2009.[3] Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Love Me Butch will return with new singer following Syarul’s exit The Malay Mail. 11 September 2015.
  2. ^ Angelin Yeoh (17 Jun 2013). All in the family The Star Online. Dicapai pada 25 Ogos 2013. Melalui Pressreader.
  3. ^ Wahida Asrani (11 Februari 2009). Raja Bahrin restu cinta Syarul-Shahirah mStar Online. Dicapai pada 25 Ogos 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]