Syiah Imam Bertujuh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Syiah Imam Bertujuh (Bahasa Arab سبعية) merupakan cabang Syiah Ismailiyyah. Mereka dikenali sebagai "Syiah Imam Bertujuh" kerana mereka percaya bahawa samaada Ismā'īl ibn Jaˤfar atau anaknya Muħammad ibn Ismā'īl al-Maktum merupakan yang ketujuh dan Imam terakhir (keturunan pemimpin dalam masyarakat Muslim turun-temurun dari Ali bin Abi Thalib). Golongan ini mengutamakan Ali bin Abi Thalib dan keturunannya kerana mendakwa Ahlul Bait yang disebut dalam Surah 33 Ayat 33 al-Quran, merujuk kepada Ali, Fatimah, Hasan dan Hussein. Golongan ini berpendapat Ali sepatutnya menjadi pemimpin pertama umat Islam (Amirul Mukminin) selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. kerana Nabi s.a.w. sendiri mewasiatkan Ali sebagai Mawla selepas baginda (Ghadir Khum)).

Kadang-kala "Imam Bertujuh" digunakan bagi merujuk kepada kesemua Ismailis, sungguhpun mereka dari warisan Fatimiyyah mengakui lebih dari tujuh Imāms. Ambil perhatian bahawa nombor tujuh memainkan peranan umum dalam theologi golongan Ismā'īliyya, termasuk andaian mistik bahawa terdapat tujuh langit, tujuh benua, tujuh bukaan pada tengkorak, tujuh hari dalam seminggu, tujuh rasul, dan sebagainya.

Terdapat segolongan kecil Syiah Imam Bertujuh — mereka yang tidak mengakui Fatimiyyah — kekal dikalangan Muslim hari ini. Sesetengah ilmuan mempertikai samaada mereka masih wujud masa kini.