Syiling dua sen (Amerika Syarikat)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kepingan dua sen
 Amerika Syarikat
Nilai2 sen (0.02 dolar A.S.)
Jisim6.22 g
Diameter23.00 mm
TepiKosong
Komposisi
  • 95% tembaga
  • 5% timah dan zink
Tahun pencetakan1864–1873
Tanda cetakanTiada, semua dihasilkan di Kilang Wang Philadelphia
Bahagian hadapan
1865 Two Cent Obverse.png
RekaanPerisai, IN GOD WE TRUST pada sepanduk, tarikh dibawah.
PerekaJames Barton Longacre
Tarikh rekaan1864
Bahagian belakang
1865 Two Cent Reverse.png
RekaanKalungan gandum, UNITED STATES OF AMERICA melingkar diatas, 2 CENTS di tengah.
PerekaJames Barton Longacre
Tarikh rekaan1864

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Syiling dua sen telah dihasilkan oleh Kilang Wang Amerika Syarikat untuk peredaran dari tahun 1864 hingga 1872 dan untuk para pengumpul pada 1873. Direka oleh James B. Longacre, pencetakan duit syiling ini dikurangkan setiap tahun kerana syiling kecil seperti nikel menjadi lebih digemari. Ia kemudiannya dihapuskan oleh Akta Duit Syiling 1873.

Kegawatan ekonomi ketika Perang Saudara Amerika menyebabkan syiling yang dikeluarkan oleh pihak pemerintah seperti syiling Kepala Indian, hilang daripada peredaran dan disorokkan oleh orang awam. Salah satu cara bagi mengelakkan jurang ini adalah dengan isu token pihak swasta, dimana ia sering diperbuat daripada gangsa. Syiling pada masa itu dihasilkan daripada pancalogam tembaga-nikel, saiz yang sama dengan sen Lincoln tetapi lebih tebal sedikit. Kepingan itu sukar dihasilkan oleh Kilang Wang Philadelphia dan pegawai Kilang Wang serta Suruhanjaya Cerakin mengesyorkan supaya syiling itu digantikan. Walaupun berdepan dengan pihak pembangkang yang diketuai ahli Kongres Pennsylvania, Thaddeus Stevens yang ingin mengekalkan logam nikel sebagai duit syiling, pihak Kongres meluluskan Akta Duit Syiling 1864 bagi penghasilan kepingan sen gangsa dan dua sen.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]