Szczebrzeszyn
Szczebrzeszyn | |
|---|---|
Dewan bandar dengan patung kumbang | |
| Koordinat: 50°41′U 22°58′T / 50.683°U 22.967°T | |
| Negara | |
| Pervoivodean | Lublin |
| Daerah | Zamość |
| Gmina | Szczebrzeszyn |
| Kerajaan | |
| • Datuk Bandar | Rafał Kowalik (BS) |
| Keluasan | |
• Jumlah | 29.12 km2 (11.24 batu persegi) |
| Ketinggian | 230 m (750 ft) |
| Penduduk (2006) | |
• Jumlah | 5,299 |
| • Kepadatan | 180/km2 (470/batu persegi) |
| Zon waktu | UTC+1 (CET) |
| • Musim panas (WMP) | UTC+2 (CEST) |
| Poskod | 22-460 |
| Plat kereta | LZA |
| Tapak sesawang | http://www.szczebrzeszyn.pl |
Szczebrzeszyn (Poland: [ʂt͡ʂɛˈbʐɛʂɨn]; Yiddish: שעברעשין, rumi: Shebreshin; Ukraine: Щебрешин, rumi: Shchebreshyn; Jawi: شتيبجيشين atau شيبريشين, sebutan Melayu terdekat: /syteb.je.syin/) ialah sebuah bandar di tenggara Poland di Pervoivodean Lublin, dalam Daerah Zamość, kira-kira 20 km (12 bt) barat Zamość.[1] Dari tahun 1975–1999, ia sebahagian daripada daerah pentadbiran Pervoivodean Zamość. Bandar ini berfungsi sebagai pusat pentadbiran daerah Gmina Szczebrzeszyn. Bancian 2004 mengira terdapat 5,357 orang penduduk. Namanya juga digunakan untuk Taman Landskap Szczebrzeszyn. Szczebrzeszyn sering dipanggil "Bandar Raya Ibu Negara bahasa Poland".[2]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sejarah awal
[sunting | sunting sumber]Sejarah Szczebrzeszyn boleh dijejaki kembali ke tahun 1352, semasa pemerintahan Casimir III, namun bukti arkeologi mencadangkan kawasan itu telah didiami selama beberapa abad sebelum itu. Kampung-kampung jiran yang dinamakan dalam babad Rus Nestor abad ke-11 menyokong lagi bahawa Szczebrzeszyn jauh lebih tua dan dahulunya terletak di sebelah laluan komersial utama yang memanjang dari selatan ke utara.[3]
Menjelang 1492, perdagangan telah cukup berkembang untuk mewajarkan satu akta khas yang dibuat oleh Jan Olbracht. Akta tersebut menyatakan jalan mana yang boleh digunakan oleh pedagang Szczebrzeszyn ketika melancong melalui Poland Kecil dengan barang dagangan. Apabila pedagang melalui Szczebrzeszyn, mereka membayar cukai yang ditetapkan, menjadi sumber hasil pendapatan yang sangat bagus.[3]
Selepas kematian Jan Amor Tarnowski dari Tarnów pada tahun 1500, Szczebrzeszyn kekal di tangan keluarga Tarnowski selama 20 tahun berikutnya. Kemudian ia dimasukkan ke dalam mas kahwin kepada keluarga Kmita. Pada masa itu, persengketaan lama dalam kalangan ahli keluarga tercetus semula mengenai pewarisan harta Szczebrzeszyn, sementara hartawan-hartawan lain juga menuntut hak sendiri. Raja Zygmunt August mengeluarkan dekri yang mengikat untuk menamatkan pertikaian ini pada tahun 1555, yang memberikan hak kepada bandar itu kepada keluarga Gorka dari Poland Raya. Keluarga Gorka sangat mementingkan hal ehwal agama dan memberikan kebebasan kepada semua kumpulan agama. Mereka membina sebuah gereja Ortodoks Yunani, mengubah gereja paroki Katolik Rom menjadi gereja Calvinis, dan membuka sebuah sinagog berdekatan.[3]
Holokus
[sunting | sunting sumber]Antara 3,000 dan 4,000 orang Yahudi tinggal di Szczebrzeszyn semasa Tentera Jerman menduduki bandar itu pada tahun 1939.[4] Nenek Isaac Bashevis Singer, Tema Blima Szejner berasal dari bandar ini. Singer menyebut nenek beliau Tema dalam novel autobiografinya 'Di Mahkamah Bapaku'. Pada 14 Oktober 1939—meskipun harinya hari Sabat Yahudi—orang Jerman mengarahkan orang Yahudi membersihkan jalan sepanjang hari. Orang Jerman memperlakukan mereka dengan kejam dengan memotong atau meragut janggut mereka, memaki hamun mereka dan memukul mereka. Pada pertengahan Oktober, sebuah pasukan polis dibentuk di Szczebrzeszyn—terdiri daripada 60 orang lelaki—dan diperintahkan untuk menganiaya penduduk Yahudi bandar itu.[5]
Beberapa ratus orang Yahudi dari Kalisz dan Wloclawek dipindahkan semula ke Szczebrzeszyn. Judenrat terpaksa menyediakan beberapa dozen lelaki untuk bekerja di Zamość setiap hari. Menurut seorang doktor Poland di bandar itu, Zygmunt Klukowski: "Pekerja Yahudi dihantar ke Bortatycze dan Bialobrzeg di luar Zamosc. Kerja itu terdiri daripada menggali parit untuk mengeringkan paya di sana. Mereka dikehendaki bekerja berdiri di dalam air. Mereka tidur di berek yang sangat kotor. Mereka dikehendaki membuat perjalanan ini (ke kem buruh) setiap hari, dan jika mereka silap sedikit pun mereka dipukul dengan kayu. Pekerja-pekerja buruh hamba Yahudi ini dipenuhi kutu. Mereka kebanyakannya budak lelaki, berumur 17–20 tahun."
Pada 10 November 1942, Klukowski menulis, "Pada dasarnya, semua orang Yahudi di penempatan daerah Bilgoraj, yang mana Szczebreszyn tergolong, telah dibunuh. Yang tinggal adalah yang berada di hutan, lembah, dll." Keseluruhannya, terdapat enam pengangkutan berasingan dari Szczebrzeszyn ke Kem penghapusan Bełżec antara Mei dan November 1942—menjumlahkan lebih daripada 5,500 lelaki, wanita dan kanak-kanak Yahudi yang dibawa untuk dibunuh. Beratus-ratus orang Yahudi lain dibunuh di Szczebrzeszyn, diburu oleh tentera SS Jerman dan kemudian dibunuh. Satu pasangan Poland melindungi sebuah keluarga Yahudi dan dinamakan Righteous Among the Nations (Orang yang Bertindak Benar dalam Kalangan Bangsa-bangsa) oleh Yad Vashem selepas perang.[6] Masyarakat Yahudi Szczebrzeszyn yang dahulunya signifikan tidak wujud lagi.[5]
Selepas Pemberontakan Zamość
[sunting | sunting sumber]Pada Julai, rintangan Poland melaksanakan Operasi Ribut di seluruh negara, dan di wilayah Zamość, bandar Szczebrzeszyn dan Zamość sendiri dibebaskan oleh golongan partisan.
Dalam kesusasteraan
[sunting | sunting sumber]Nama Szczebrzeszyn terkenal kerana sangat sukar disebut oleh penutur bukan asli. Penyajak Poland, Jan Brzechwa, menggunakan nama bandar ini dalam puisinya yang berjudul Chrząszcz. Baris pertama ialah: W Szczebrzeszynie chrząszcz brzmi w trzcinie (sebutan)
Ini lebih kurang bermaksud: "Di [bandar] Szczebrzeszyn seekor kumbang berbunyi di dalam mensiang". Frasa ini telah dimasukkan ke dalam bahasa sehari-hari sebagai lambang pembelit lidah Poland, dan sering dibentangkan oleh penduduk asli kepada pelajar asing bahasa Poland. Dua monumen yang menggambarkan seekor cengkerik bermain biola didirikan di Szczebrzeszyn merujuk kepada puisi itu.
Pada tahun 2004 Philip Bibel (1909–2006), abang kepada pelukis Leon Bibel, menerbitkan Tales of the Shtetl beliau, memoir kehidupan awal abad ke-20 di shtetl Szczebrzeszyn. Bab sampel boleh dibaca di sini: Shabbos Kami di Shebreshin Bunyi Bising, Muzik, dan Klezmer Orang Yahudi Terakhir
Orang
[sunting | sunting sumber]- Józef Brandt (1841–1915), pelukis, dilahirkan di Szczebrzeszyn
- Leon Bibel (1913–1995), pelukis, dilahirkan di Szczebrzeszyn
- Meir ben Samuel of Shcherbreshin (abad ke-17), penyajak Szczebrzeszyn
- Kazimierz Kelles-Krauz (1872–1905), ahli falsafah, sosiologi, dilahirkan di Szczebrzeszyn
- Zygmunt Klukowski (1885–1959), doktor, bibliofil dan sejarawan, tinggal di Szczebrzeszyn
Galeri
[sunting | sunting sumber]- Gereja St. Nicolas
- Bekas sinagog, kini pusat komuniti
- Kubur Yahudi
- Gereja Ortodoks
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Sejarah Szczebrzeszyn oleh Zygmunt Klukowski (dari Buku Yizkor Shebreshin), Terjemahan: Jackob Salomon Berger
- Laman Web Tomasz Panczyk's Szczebrzeszyn
- ↑ "Główny Urząd Statystyczny" [Pejabat Perangkaan Pusat] (dalam bahasa Poland). Untuk mencari: Pilih tab "Miejscowości (SIMC)", pilih "fragmen (min. 3 znaki)" (minimum 3 aksara), masukkan nama bandar dalam medan di bawah, klik "WYSZUKAJ" (Cari)
- ↑ "Strona Główna". Festiwal Stolica Języka Polskiego (dalam bahasa Poland). Dicapai pada 2020-08-16.
- 1 2 3 Zygmunt Klukowski, Shebreshin pada Zaman Dahulu
- ↑ "Szczebrzeszyn - warisan Yahudi, sejarah, sinagog, muzium, kawasan dan tapak untuk dilawati". JGuide Europe (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-07-07.
- 1 2 "Ingat Szczebrzeszyn Yahudi" (dalam bahasa Inggeris). 2018-07-21.
- ↑ Megargee, Geoffrey (2012). Encyclopedia of Camps and Ghettos. Bloomington, Indiana: University of Indiana Press. m/s. Jilid II 713–715. ISBN 978-0-253-35599-7.