TEKUN

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga diambil dari singkatan terma TEKUN merupakan kaedah pinjaman terbaik yang disediakan oleh kerajaan Malaysia bagi usahawan kecil bumiputera menjalankan atau mengembangkan perniagaan mereka. Kaedah yang diguna pakai bagi skim itu memudahkan usahawan kecil untuk mendapatkan pinjaman.

Selain cara bayaran baliknya yang amat mudah, caj perkhidmatan yang dikenakan juga hanya 8 % setahun berbanding ceti haram / Ah Long yang mengenakan kadar faedah tinggi dengan peminjam terdedah kepada pelbagai risiko.

Rakyat Malaysia terutama usahawan kecil cenderung membuat pinjaman dari ceti haram. Kementerian itu tidak bercadang untuk mengkaji semula kaedah pinjaman Tekun bagi menangani masalah ceti haram kerana menurutnya yang menjadi masalah ialah sikap peniaga itu sendiri yang gemar menggunakan khidmat ceti haram.[1]

Bajet 2010[sunting | sunting sumber]

Berikutan peruntukan tambahan RM20 juta untuk usahawan kecil kaum India (Peruntukan sedia ada RM15 juta).[2]

Rujukan dan pautan luar[sunting | sunting sumber]