TH Properties

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
TH Properties Sdn. Bhd.
Jenis/bentuk sahAwam
Didagangkan sebagaiMYX: 5288
Industri
Ditubuhkan2010; 14 tahun yang lalu (2010)
Ibu pejabatJalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Malaysia
Tokoh pentingRoszali Othman, Pengarah Urusan Kumpulan
Syarikat indukTabung Haji
Anak syarikatTHP Enstek Development Sdn. Bhd.
Tapak webwww.th-properties.com
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

TH Properties Sdn. Bhd. merupakan syarikat hartanah Malaysia dan anak syarikat milik penuh Lembaga Tabung Haji.[1] Perniagaan utama TH Properties ialah Pembangunan Hartanah, Pengurusan Projek & Pembinaan dan Pengurusan Kemudahan. Kumpulan ini telah diwujudkan pada 2010 berikutan penggabungan TH Properties Sdn Bhd dan TH Technologies Sdn Bhd, cabang pembangunan hartanah dan pembinaan Lembaga Tabung Haji masing-masing. Pembangunan hartanah kumpulan yang paling terkenal ialah Bandar Enstek yang berukuran 5,119 ekar terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).[2][3]

Sejarah korporat[sunting | sunting sumber]

Sejarah TH Properties bermula apabila syarikat ini memasuki industri Pengurusan Kemudahan dengan kerjasama Sinar Jernih Sdn Bhd. Perjanjian usaha sama telah ditandatangani pada 22 April 2010 dan sebuah syarikat usaha sama yang dikenali sebagai THP Sinar Sdn Bhd telah dibentuk. TH Properties memegang 60% kepentingan manakala Sinar Jernih Sdn Bhd memegang baki 40% kepentingan.[2]

Penggabungan entiti pembangunan dan pembinaan hartanah Lembaga Tabung Haji telah selesai pada Oktober 2010 dengan pengambilalihan TH Properties Sdn Bhd terhadap keseluruhan modal saham terbitan TH Technologies Sdn Bhd. Syarikat ini memperoleh 30% pegangan Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan (PKNNS) dalam syarikat TH-NSTC Sdn Bhd, pemaju Bandar Enstek. Dengan pengambilalihan itu, TH-NSTC Sdn Bhd menjadi anak syarikat 100% milik TH Properties.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Suffian Abu Bakar (22 Disember 2017). "TH Properties mampu berjaya". Utusan Online. Dicapai pada 3 Mac 2018.
  2. ^ a b c "TH Properties: Mengenai kami". TH Properties. Dicapai pada 3 Mac 2014.
  3. ^ "Negri Sembilan's vision to make Bandar Enstek, valley of knowledge becomes reality". The Sun Daily. 2 September 2017. Dicapai pada 3 Mac 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]