Bandar Enstek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Livethelife@enstek
Logo Enstek
Logo Th Properties
Th Properties

Bandar Enstek merupakan sebuah bandar baru terancang di Negeri Sembilan yang terletak berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Bandar ini mula dibangunkan pada tahun 1980, dan dilengkapi empat komponen iaitu kawasan perumahan, institusi pendidikan, kawasan komersil dan kawasan perindustrian.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama bandar ini diambil sempena nama pemaju bandar ini, TH-NSTC Sdn Bhd, sebuah syarikat pembangunan usahasama TH Properties dan Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS). Bandar ini mula dibangunkan pada tahun 1980 oleh Syarikat Pembinaan dan Perumahan Tabung Haji Sdn Bhd.

A Pelan Lokasi
Peta Lokasi

Cara untuk ke Bandar Enstek[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa cara untuk ke Bandar Enstek:

  1. Susur keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
  2. Susur keluar dari Seremban dan Nilai
  3. Dari KL Sentral dengan menaiki perkhidmatan Express Rail Link (ERL)
  4. Dari Pelabuhan Klang dengan menggunakan laluan utama lebuh raya

Komponen bandar baru[sunting | sunting sumber]

Kawasan perumahan[sunting | sunting sumber]

Institusi pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sekolah[sunting | sunting sumber]

Bangunan sekolah di bandar ini masih dalam perancangan untuk dibina terletak di dalam Fasa 1 timur@enstek. Anak-anak penduduk di bandar enstek ini mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kompleks KLIA dan Sekolah Kebangsaan Kompleks KLIA yang berhampiran.

Institusi lain[sunting | sunting sumber]

Institusi yang telah dibina:

  • Cempaka Ladies College
  • Kolej Tunku Kurshiah
  • IPG Kampus Pendidikan Teknik
  • Politeknik Nilai
  • Institusi Aminuddin Baki
  • Akademik Audit Negara
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Enstek
  • Sekolah Kebangsaan Bandar Enstek
  • EPSOM College

Kawasan komersil[sunting | sunting sumber]

Kawasan perindustrian[sunting | sunting sumber]

Techpark adalah salah satu pembangunan di Bandar Enstek bertujuan untuk membangunkan pusat perindustrian. Keluasan tanah Techpark ini adalah 700 ekar. Banyak pemilik tanah telah membangunkan kawasan perindustrian mereka. Terdapat pelbagai jenis pusat perindustrian yang beroperasi di antaranya ialah:

  • Pure Circle Sdn Bhd
  • FELDA Biotechnology Centre
  • Jakim’s Halal Accredition Centre
  • 9Bio(Ministry of Health)
  • Teliti Data Centre
  • Holista Biotech
  • YHI Manufacturing
  • Eden INC
  • Bio Molecular
  • Renal Laboratories
  • Bomba R&D Centre
  • Abitrade
  • Bionic LifeSciences
  • Naz Medical
  • Coca Cola Bottlers(Malaysia)
  • Jowat Manufacturing (SEA) Sdn Bhd

Pusat Perindustrian yang telah beroperasi sebanyak tiga jenis pusat perindustrian, manakala bahagian yang lain masih dalam proses pembinaan. Keseluruhan pusat perindustrian ini mempunyai pekerja seramai 776 orang yang terdiri daripada pekerja luar negara dan pekerja tempatan iaitu:

  • Purecircle Sdn Bhd
  • Felda Biotechnology Centre
  • YHI Manufacturing


Centers for Disease Control and Prevention (CDC Malaysia)

CDC Malaysia di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia juga sedang di dalam proses pembangunan ketika ini. CDC Malaysia ini terletak berhampiran Bomba R&D Centre.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Coca Cola Bottles Malaysia Bio Molecular YHI Malaysia Sdn Bhd
Pure Cicrle Felda Biotechnology Holista Biotech

Pautan luar[sunting | sunting sumber]