Pergi ke kandungan

Takur telinga biru (burung)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Takur telinga biru
Di Taman Negara Manas
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Piciformes
Keluarga: Megalaimidae
Genus: Psilopogon
Spesies:
P. cyanotis
Nama binomial
Psilopogon cyanotis
(Blyth, 1847)
Sinonim

Megalaima cyanotis

Takur telinga biru (Psilopogon cyanotis) ialah spesies takur dalam keluarga Megalaimidae. Ia terdapat di tanah besar Asia Tenggara. Oleh kerana taburannya yang luas dan populasi yang stabil, ia disenaraikan sebagai Kurang Membimbangkan dalam Senarai Merah IUCN.[1]

Pemerihalan

[sunting | sunting sumber]

Ia mempunyai buluan hijau dan tompok kirmizi di pipi. Tekak dan bulu susup telinganya biru verditer.[2] Jalur hitam memanjang di antara tekak dan dadanya. Panjangnya 16–17 cm (6.3–6.7 in).[3] Ia agak gempal, dengan leher pendek, kepala besar, dan ekor pendek. Paruhnya gelap. Jantan dewasa mempunyai dahi hitam. Betina mempunyai corak kepala yang lebih kusam dengan tompok lebih jingga pada bulu susup telinga atas dan bawah, dan juvenil berkepala hijau dengan sedikit biru pada bulu susup telinga dan tekak. 

Seruan wilayah jantan ialah ko-tek kuat berulang kali. Seruan lain termasuklah pleow bersiul. 

Taburan dan habitat

[sunting | sunting sumber]
Bersarang dalam rongga di Taman Negara Kaeng Krachan, Thailand

Ia ialah pembiak menetapn di bukit-bukau dari timur Nepal melalui timur laut India ke selatan Thailand dan Indochina. Ia mendiami kawasan semak dan hutan sehingga ketinggian 1,600 m (5,200 ka).[1] Ia bersarang di dalam lubang pokok.

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Bucco cyanotis ialah nama saintifik yang diusulkan oleh Edward Blyth pada tahun 1847 yang memerihalkan takur dari kawasan Arakan.[2] Pada abad ke-19 dan ke-20, kira-kira 19 nama genus telah diusulkan untuk spesies takur, termasuklah Psilopogon oleh Salomon Müller pada tahun 1836, Megalaima oleh George Robert Gray pada tahun 1849, dan Mezobucco oleh George Ernest Shelley pada tahun 1889. Pakar taksonomi menggunakan nama genus yang berbeza apabila memerihalkan takur dalam koleksi muzium sejarah semulajadi.[4]

Mesobucco duvaugli orientalis telah diusulkan oleh Herbert C. Robinson pada tahun 1915 untuk tujuh takur yang dikumpulkan di pantai di sempadan Thailand-Kemboja dan di Pulau Ko Chang yang berbeza daripada takur cyanotis; ia lebih besar dan lebih pucat, dan tompok merah di bawah matanya bercampur keemasan.[5]

Tiga subspesies diiktiraf sebagai taksa sah sejak 2014:[3]

  • P. c. cyanotis – dari tenggara Nepal, Bangladesh dan timur laut India ke Myanmar, utara Thailand, dan selatan China
  • P. c. orientalis – dari timur Thailand ke Kemboja, Laos, dan Vietnam
  • P. c. stuarti (Robinson & Kloss, 1919) – semenanjung Thailand
  1. ^ a b c BirdLife International (2016). "Psilopogon cyanotis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T22726130A94912126. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-3.RLTS.T22726130A94912126.en. Dicapai pada 19 November 2021. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "iucn status 19 November 2021" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ a b Blyth, E. (1847). "Notes and Descriptions of various New or Little-known Species of Birds". The Journal of the Asiatic Society of Bengal. 16 (1): 428–476. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Blyth1847" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ a b del Hoyo, J.; Collar, N. J.; Kirwan, G. M. (2014). "Blue-eared Barbet Psilopogon cyanotis". Dalam del Hoyo, J.; Elliott, A.; Sargatal, J.; Christie, D.A.; de Juana, E. (penyunting). Handbook of the Birds of the World and BirdLife International Illustrated Checklist of the Birds of the World. 7: Jacamars to Woodpeckers. Barcelona, Spain and Cambridge, UK: Lynx Edicions and BirdLife International. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "HBW2014" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ Ripley, S. D. (1945). "The barbets" (PDF). The Auk. 62 (4): 542–563. doi:10.2307/4079804. JSTOR 4079804.
  5. ^ Robinson, H. C. (1915). "On the birds collected by Mr C. Boden Kloss on the coast and islands of south-eastern Siam". Ibis. 10 (3): 718–761. doi:10.1111/j.1474-919X.1915.tb07835.x.
  • Grimmett, R., Inskipp, C. and Inskipp, T. (2011). Birds of the Indian Subcontinent. London: Christopher Helm. ISBN 9781408127636.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  • Robson, C. (2002). A Field Guide to the Birds of Thailand. London: New Holland. ISBN 9781843300588.