Talal Haji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Talal Haji
Maklumat peribadi
Nama penuh Talal Abubakr Abdullah Haji
Tarikh lahir (2007-09-16) 16 September 2007 (umur 16)
Tempat lahir Jeddah, Saudi Arabia
Ketinggian 177 cm (5 ka 10 in)
Posisi permainan Penyerang tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Al-Ittihad
Nombor 52
Kerjaya remaja
Al-Ittihad
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2023– Al-Ittihad 1 (0)
Pasukan kebangsaan
2022– Arab Saudi B-17 13 (13)
2023– Arab Saudi B-23
2024– Arab Saudi 1 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 27 September 2023
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 25 Januari 2024

Talal Abubakr Abdullah Haji (Arab: طلال أبوبكر عبدالله حاجي; lahir 16 September 2007) ialah pemain bola sepak profesional Arab Saudi yang bermain sebagai penyerang tengah untuk kelab Liga Profesional Saudi Al-Ittihad.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Pada bulan September 2023, Talal hendak ditunjuk oleh Nuno Espirito Santo sebagai penyerang tengah menggantikan Abderrazak Hamdallah yang uzur pada perlawanan menentang Al-Okhdood, tetapi ketetapan liga mengehadkan pemain yang belum berusia 16 tahun untuk mendapatkan kaps perdana mereka.[1][2] Dia memulakan penampilan perdananya pada 21 September, menggantikan Romarinho pada perlawanan pangkal dengan mata 2–1 menentang Al Fateh. Talal secara rasmi diiktirafkan sebagai pemain termuda dalam sejarah Liga Profesional Saudi, usianya semasa itu ialah enam belas tahun lima hari; memejalkan rekod baharu yang sebelumnya milik Abbas Al-Hassan yaitu enam belas tahun dua puluh satu hari.[3]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Talal mendapat panggilan untuk menyertai pasukan kebangsaan Arab Saudi B-17 pada perlawanan Piala Arab B-17 2002 di Algeria. Ia menjaringkan dua gol hattrick berturutan dalam perlawanan menentang Lubnan dan Iraq, meskipun pada pusingan selepasnya ia tidak menjaringkan gol dalam perlawanan pusingan separuh akhir menentang Syria dan sepakan penaltinya sebagai penentu kemenangan di atas padang menyimpang. Sebagai pasukan penentang, ia dan rakan-rakannya harus rela menerima mata 5–4. Algeria mara sebagai pemenang di pentas akhir dan pada kejohanan itu Talal berjaya sebagai penjaring gol terbanyak dengan 7 jaringan gol.[4]

Talal kembali dipanggil untuk menyertai skuad semasa pasukan kebangsaan Arab-Saudi B-17 pada perlawan Piala Asia B-17 AFC 2023. Pada penampilan pembuka menentang Australia, ia kurang berjaya menjaringkan gol, tetapi pada perlawanan selepasnya ia menjaringkan gol berani 2–0 menewaskan Tajikistan. Talal mendapat anugerah pemain di atas padang terbaik dalam perlawanan itu oleh AFC.[5]

Pada bulan Januari 2024, Talal mendapat panggilan menyertai pasukan kebangsaan senior Arab Saudi selepas tiga pemain yaitu Nawaf Al-Aqidi, Abbas Al-Hassan dan Ayman Yahya mendapat denda atas sebab tidak mematuhi tata tertib semasa latihan harian. Mohammed Al-Rubaie, Mohammed Al-Breik dan dirinya ditunjuk untuk menukar tiga pemain itu.

Talal rasmi diiktiraf sebagai pemain taraf benua paling muda, usianya ketika mendapat panggilan kebangsaan ialah 16 tahun 118 hari.[6] Penampilan perdananya dalam kejohanan ialah semasa menentang Thailand di perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada tarikh 25 January 2024. Sepanjang sejarah penubuhan semua kejohanan dalam AFC, Talal Haji ialah pemain paling muda usianya dan memulakan kaps antarabangsa di usia 16 tahun 4 bulan dan 9 hari.

Perangkaan kelab[sunting | sunting sumber]

Al-Ittihad Club[sunting | sunting sumber]

Sehingga 27 September 2023.[7]
Kelab Musim Liga Piala Kejohanan

Benua

Lain-lain Kesemuanya
Divisyen Pnmpln. Gol Pnmpln. Gol Pnmpln. Gol Pnmpln. Gol Pnmpln. Gol
Al-Ittihad 2023–24 Liga Profesional Arab Saudi 1 0 1[a] 0 0 0 0 0 2 0
Jumlah 1 0 1 0 0 0 0 0 2 0

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "من هو طلال حجي مهاجم الاتحاد أصغر لاعب في تاريخ الدوري السعودي؟" [Who is Talal Hajji, Al-Ittihad striker, the youngest player in the history of the Saudi League?]. reyadawefan.com (dalam bahasa Arab). 11 September 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2023. Dicapai pada 27 September 2023.
  2. ^ "جماهير الإتي: الاحتفاظ بهذا اللاعب خير من ألف صفقة.. مهاجم" [Al-Ittihad fans: Keeping this player is better than a thousand deals]. saudiigate.com (dalam bahasa Arab). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2023. Dicapai pada 27 September 2023.
  3. ^ "في عمر 16 عاما.. لاعب اتحاد جدة يدخل تاريخ الدوري السعودي" [At the age of 16, the Jeddah Football Association player enters the history of the Saudi League]. cairo24.com (dalam bahasa Arab). 21 September 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2023. Dicapai pada 27 September 2023.
  4. ^ "طلال حاجي لاعب الأخضر ينفرد بصدارة هدافي العرب" [Talal Haji, the Al-Akhdar player, is the only top scorer for the Arabs]. al-madina.com (dalam bahasa Arab). 6 September 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2023. Dicapai pada 27 September 2023.
  5. ^ "الآسيوي يرشح حاجي ضمن أفضل الواعدين" [The Asian nominates Haji among the most promising]. albiladdaily.com (dalam bahasa Arab). 22 June 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2023. Dicapai pada 27 September 2023.
  6. ^ "— المدير الفني روبرتو مانشيني يضم الثلاثي " محمد البريك ، طلال حاجي ، محمد اليامي " لقائمة الأخضر النهائية لكأس آسيا 2023" [Roberto Mancini includes the trio “Mohamed Al-Breik, Talal Haji, and Mohamed Al-Yami” in the final Green List for the 2023 Asian Cup]. Twitter (dalam bahasa Arab). Saudi Arabia Football Federation. 13 January 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 January 2024. Dicapai pada 13 January 2024.
  7. ^ Biodata Talal Haji di Soccerway

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Al-Ittihad squad

Templat:Saudi Arabia squad 2023 AFC Asian Cup

Templat:SaudiArabia-footy-bio-stub
Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "lower-alpha" ada tetapi tag <references group="lower-alpha"/> yang sepadan tidak disertakan