Taman Botanikal Pulau Pinang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Taman Botanikal Pulau Pinang yang terletak di Jalan kebun Bunga ini merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Pulau Pinang. Ia merupakan Taman Botanikal tertua di Malaysia.

Penguasa Taman Botanikal Pulau Pinang yang pertama ialah Encik Charles Curtis iaitu dari tahun 1885 sehingga 1903 yang kemudiannya digantikan oleh Encik W.Fox sehingga tahun 1910. Semasa di bawah pentadbiran Encik Curtis, beliau mula menggalakkan penanaman pokok-pokok teduhan di sekitar George Town dan usaha ini diteruskan oleh penggantinya itu. Pada 1 Mac 1910 sehingga 1 Januari 1912, kawasan taman ini telah diambil alih oleh pihak Perbandaran Pulau Pinang bagi tujuan membina takungan air yang masih boleh dilihat sehingga kini.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]