Taman Hidupan Liar Qinhuangdao

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Taman Hidupan Liar Qinhuangdao merupakan taman safari yang terletak di Qinhuangdao di timur laut China. Ia dibuka pada tahun 1995 dan merupakan taman hidupan liar kedua terbesar di negara ini. Taman ini meliputi kawasan seluas kira-kira 5,000 ekar dan menempatkan kira-kira 7,000 ekor haiwan daripada lebih 150 spesis, termasuk harimau, harimau putih, singa, beruang, gajah dan pelbagai jenis burung. Pengunjung boleh melalui taman dengan berjalan kaki, kereta atau kereta api.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Ogos 2015, seorang pelancong wanita maut apabila dia diserang oleh salah seekor harimau ketika memandu melalui taman safari. Beliau telah diserang apabila beliau meninggalkan keretanya, yang mana melanggar peraturan taman. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Tiger kills woman at safari park in northern China". BNO News. 13 August 2015. Dicapai pada 13 August 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]