Taman Sukan Olimpik Belia Nanjing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
南京青奥体育公园
Taman Sukan Olimpik Belia Nanjing
LokasiDaerah Pukuo, Nanjing, China
PemilikBandar Nanjing
PentadbirNanjing Sport Industry Group
Kapasiti21,000 (arena dalaman)[1]
18,000 (stadium)
Pembinaan
Dibina27 Disember 2011[2]
Tuan rumah
Nanjing Monkey Kings (bola keranjang)[3]

Taman Sukan Olimpik Belia Nanjing (Bahasa Cina: 南京青奥体育公园) ialah sebuah kompleks sukan yang terletak di Daerah Pukou, Nanjing, China. Pembinaannya dimulakan pada Disember 2011 sebagai sebahagian daripada tempat yang digunakan untuk Sukan Olimpik Belia Musim Panas 2014. Kompleks ini, yang menempati sekitar 1,000,000 m2 tanah, terdiri dari arena utama dengan tempat-tempat sukan lain yang lebih kecil.[4]

Arena utama[sunting | sunting sumber]

Arena utama terdiri daripada dua bahagian, Arena Taman Sukan Olimpik Belia Nanjing dengan 21,000 tempat duduk dan Stadium Taman Sukan Olimpik Belia Nanjing dengan 18,000 tempat duduk.[2] Dilancarkan pada November 2017, arena dalaman adalah stadium tertutup terbesar di China.[5] Arena dalaman boleh mengadakan pelbagai aktiviti sukan seperti pertandingan bola keranjang, badminton, hoki ais, dan gimnastik.

Lain-lain kemudahan[sunting | sunting sumber]

Semasa Sukan Olimpik Belia Musim Panas 2014, beberapa tempat tetap dan sementara telah dibina seperti Taman BMX, padang ragbi tujuh, padang hoki, kursus pentathlon moden, dan arena bola tampar pantai.[4] Terdapat juga Muzium Olimpik Nanjing yang terletak di taman.[6]

Kejohanan dianjurkan[sunting | sunting sumber]

Rujukans[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.yanming-group.com/news_view.aspx?typeid=4&id=441&fid=t2:4:2
  2. ^ a b "青奥体育公园体育馆正式启用". NSIG (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 9 Februari 2019.
  3. ^ "主场". Nanjing Tongxi Monkey Kings. Dicapai pada 9 Februari 2019.
  4. ^ a b "Youth Olympic Sports Park". Majlis Bandaraya Nanjing (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-09. Dicapai pada 9 Februari 2019.
  5. ^ "China's largest indoor stadium opens in Nanjing". Jiangsu Now (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-26. Dicapai pada 9 Februari 2019.
  6. ^ a b "Youth Olympic legacy lives on in Nanjing". IOC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Februari 2019.
  7. ^ Lollike, Emma. "Bangkok and Basel bag 'Major Events'". Badminton Europe (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Februari 2019.