Tan Khim Pheng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tan Khim Pheng atau 'Ah Peng' merupakan seorang usahawan dari Kulim, Kedah dan beliau terpilihn sebagai Tokoh Maal Hijrah kategori bukan Islam bagi daerah Kulim , 2011.


Pada 20 disember 2011, Ah Peng menerima anugerah itu daripada Pegawai Daerah Kulim, Kedah Mohd Fisol Md Noh yang juga Pengerusi Perayaan Maal Hijrah Daerah Kulim. Majlis diadakan di Dewan Bandaran Kulim. Tan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan sebuah plak serta sijil.

Wang itu didermakan semula kepada tabung bantuan am Pejabat Agama Islam daerah Kulim. Beliau berharap hadiah tersebut akan didermakan kepada mereka yang kurang upaya dan miskin. Sejak 2006 Ah Peng menderma sebahagian keuntungan yang diperolehnya melalui jualan di pasar mininya kepada pelbagai masjid dan surau.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]